Ringkasan Apple Keynote 2019 – Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Gadget, Tech

Bulan September sememangnya bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat barangan Apple kerana pada bulan inilah selalunya Apple kan memperkenalkan produk-produk terbaru mereka. Dan minggu ini event tersebut telah pun dijalankan so jum kita tengok apa yang menarik sepanjang Apple Keynote 2019 ini.

iPhone 11, Pro & Max

Selepas beberapa kali kita tengok leaks tentang smartphone terbaru daripada Apple, minggu ini mereka akhirnya telah melancarkan iPhone 11 yang mana akan menggantikan model iPhone XR. Terdapat beberapa ciri penambahan yang kita dapat lihat tapi yang menarik perhatian sudah tentulah setup untuk rear camera smartphone ini.

Ini merupakan kali pertama Apple meletakkan lebih daripada satu camera belakang pada smartphone mereka. Untuk iPhone 11 ini, ia mempunyai dual rear camera setup yang sebesar 12 Megapixel setiap satu dan mempunyai wideangle lens dan ultra wideangle lens. Starting price untuk iPhone 11 adalah USD699.

Tidak dilupakan mereka turut memperkenalkan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Kalau iPhone 11 ada dua camera belakang, iPhone 11 Pro dan Pro Max pula mempunyai tiga camera belakang! Untuk screen iPhone 11 Pro ia dilihat sedikit kecil berbanding dengan iPhone 11 iaitu cuma sebesar 5.8 inci. iPhone 11 Pro Max pula mempunyai screen lebih besar sedikit berbanding iPhone 11 iaitu sebesar 6.5 inci.

Ketiga-tiga smartphone ini dilengkapi dengan cip terbaru mereka iaitu Apple A13 Bionic yang mana dikatakan 20% lebih berkuasa berbanding cip A12 yang dikeluarkan tahun lepas. Untuk iPhone 11 Pro dan Pro Max, ia akan didatangkan dengan fast charging 18W manakala untuk iPhone 11 korang masih kena beli secara berasingan.

Apple Arcade & Apple TV+

Sebelum ini pihak Apple ada memperkenalkan satu gaming platform mereka sendiri yang dinamakan sebagai Apple Arcade dan pada minggu ini mereka mengatakan ia akan dilancarkan pada 19 September tahun ini dengan harga serendah RM19.90 sahaja sebulan.

Dengan Apple Arcade, korang akan mendapat akses untuk bermain pelbagai permainan video eksklusif pada semua peranti so korang boleh main dekat smartphone, laptop dan juga di television. Apple juga mengatakan setiap permainan video yang ditawarkan akan mempunyai kualiti grafik yang lebih bagus dan tiada in-app purchase. Korang boleh baca dekat SINI kalau nak tahu lebih lanjut tentang Apple Arcade.

Apple TV+ juga akan dilancarkan pada 1 November tahun ini pada harga RM19.90 sebulan. Bagi korang yang tak tahu, Apple TV+ lebih kurang macam Netflix. Ada movie, tv show dan macam-macam lagi. Tak dilupakan korang juga akan dapat beberapa kandungan eksklusif pada Apple TV+ ini.

Image Via: https://bgr.com

Untuk menikmati Apple TV+, korang boleh mengaksesnya pada iPhone, iPad, Apple TV, iPod Touch, Mac dan juga pada platformplatform lain. Tapi persoalannya sekarang, adakah ia mampu untuk menandingi Netflix dan juga beberapa streaming platform lain seperti Disney+?

iPad 7th Generation

Apple juga dilihat turut memperkenalkan iPad terbaru mereka bagi menggantikan iPad 6th Generation yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini. iPad 7th Generation ini dikatakan mempunyai screen yang lebih besar iaitu sebesar 10.2 inci berbanding 9.7 inci untuk generasi keenam.

iPad 7th Generation ini juga dikatakan akan dilengkapi dengan OS terbaru dan juga akan menyokong input dan penggunaan Apple Pencil. So dengan adanya feature seperti ini, iPad 7th Generation dilihatkan sangat berguna untuk mereka yang gemar melakukan multitasking. Harga untuk pasaran Malaysia dikatakan akan dijual pada harga RM1,449 untuk versi WiFi dan RM1,999 untuk versi Cellular.

Apple Watch Series 5 

Akhir sekali Apple turut memperkenalkan smartwatch terbaru mereka iaitu Apple Watch Series 5 untuk peminat-peminat Apple Smartwatch. Untuk Apple Watch Series 5 ini, ia dilihat lebih mengfokuskan kepada pengguna yang mengutamakan fitness kerana mempunyai feature bio-metrics dan health research.

Image Via: https://bgr.com

Apple Watch Series 5 ini juga mempunyai feature dimana screen display-nya tidak akan padam dan mampu bertahan sehingga 18 jam. Terdapat dua versi untuk Apple Watch Series 5 ini iaitu Apple Watch Series 5 yang mempunyai GPS only akan dijual pada harga USD399 manakala untuk siri GPS dan Cellular akan dijual pada harga USD499.

KATALAKI: Bukan nak cakap apalah, smartphone Android lain dah siap ada 6 camera dah sekarang ni hehehe!

Last modified: 12 September 2019