PUBG Mobile Kebangsaan Tawar RM60,000!

Game, Tech

Baru-baru ini pihak Tencent telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan satu tournament PUBG Mobile peringkat kebangsaan yang bakal bermula 22 Dec 2018.

Tournament yang diberi nama PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) menawarkan prize pool sebanyak RM60,000.

Hadiah tempat pertama untuk qualifier akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500 manakana hadiah tempat pertama untuk grand finals pula akan menerima wang tunai sebanyak RM20,000!

Peringkat qualifiers akan diadakan di 4 buah negeri iaitu di Johor, Sabah, Sarawak dan jugak di Kuala Lumpur.

Qualifiers pertama akan diadakan di Aeon Tebrau City, Johor pada 22 Dec 2018. Kompleks Karamunsing, Sabah pada 25 Dec 2018, Emart Batu Kawa, Sarawak pada 6 Jan 2019 dan Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada 12 Jan 2019.

Sebanyak 4 slot sahaja dibuka bagi setiap negeri dan akhirnya kesemua wakil setiap negeri akan bertanding di peringkat Grand Finals pada 26 Jan 2019 di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

PUBG Mobile Malaysia National Championship yang ditaja oleh Vivo dan Yoodo kini telah membuka penyertaan peringkat pemilihan negeri so bagi korang yang berminat boleh terus mendaftar di website rasmi PUBG Mobile ataupun boleh klik di SINI. 

KATALAKI: Inilah masanya korang nak tunjuk skill Winner Winner Chicken Dinner korang yang power tu!

Last modified: 4 January 2019