Robin (Batman) Perlukan Rakyat Malaysia

Sembang

Kalau tengok muka, mesti korang kenal dan ada kemungkinan pernah tonton filem-filem yang menampilkan Joseph Gordon-Levitt sebagai salah seorang pelakon yang memegang watak utama.. Filem 500 Days of Summer, Premium Rush, Looper, The Walk dan Snowden antara filem-filem yang pernah menaikkan nama Joseph Gordon-Levitt di mata dunia, termasuk lah filem The Dark Night Rises yang hampir menjadikan Joseph Gordon-Levitt sebagai Robin yang terbaru, sidekick kepada Batman.

Yang terkini, Joseph Gordon-Levitt tengah mencari rakyat Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu yang diinspirasikan daripada filem terbaru lakonan Joseph Gordon-Levitt dan Jamie Foxx bertajuk Project Power, memulakan tayangan di Netflix pada 14 Ogos 2020. Tak cukup dengan tu, Joseph Gordon-Levitt juga mencari rakyat Malaysia yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu untuk menjayakan sebuah projek atas talian yang diusahakan oleh Joseph Gordon-Levitt sendiri yang diberi nama HitRecord.

HitRecord ditubuhkan oleh Joseph Gordon-Levitt sendiri sejak tahun 2004, sebagai sebuah platform media atas talian yang membolehkan setiap individu dari seluruh dunia menghantarkan video, audio dan sebagainya, untuk menghasilkan sebuah filem pendek, lagu, buku dan macam-macam lagi karya seni. Kalau korang nak tengok atau dengar audio yang dah dihantar oleh rakyat Malaysia kepada Joseph Gordon-Levitt, korang boleh klik kat sini.

Sejak mula melibatkan diri dalam dunia lakonan, Joseph Gordon-Levitt pernah membuktikan kehebatan memegang beberapa watak penting dalam filem dan drama selepas tercalon untuk merebut beberapa anugerah ternama di Hollywood antaranya anugerah Best Actor di Golden Globe Awards menerusi filem 500 Days of Summer pada tahun 2009 dan filem 50/50 pada tahun 2011. Menerusi filem Inception arahan Christopher Nolan yang menggandingkan Joseph Gordon-Levitt bersama Leonardo DiCaprio, Tom Hardy, Ellen Page dan Michael Caine, Joseph Gordon-Levitt pernah tercalon untuk anugerah Best Fight, Best Kiss dan Biggest Badass Star di MTV Movie Awards.

Walau bagaimanapun, Joseph Gordon-Levitt belum pernah lagi merasa memegang sebarang anugerah menerusi filem-filem yang dilakonkan. Setakat ni, Joseph Gordon-Levitt hanya pernah menang anugerah Outstanding Creative Achievement in Interactive Media – Social TV Experience di Primetime Emmy Awards pada tahun 2014, menerusi rancangan HitRecord on TV. Hari tu, penyampai radio Fly FM sempat menemu bual Joseph Gordon-Levitt menerusi panggilan video. Korang boleh layan jap kat bawah ni.

KATALAKI: Selain daripada filem Project Power, Joseph Gordon-Levitt juga akan terlibat dalam filem terbaru bertajuk The Trial of the Chicago 7 yang juga akan ditayangkan di Netflix.

Last modified: 13 August 2020