Review – Rock 4 Hidupkan Semula Rock?

Sembang, ZAP, ZeKool

Itu lah tanda soal ataupun tanda tanya yang saya bangkitkan disaat saya mula duduk di dalam panggung wayang ketika acara gala premiere filem ke-empat dalam siri filem Rock yang diarahkan oleh pengarah otai, Mamat Khalid.

Sebelum kita rungkaikan review filem tempatan terbaharu kali ini, jom kita ambil tahu dulu tentang sinopsis filem ini. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup watak daripada filem terdahulu yang dikenali sebagai Dio, yang merupakan penolong ataupun kru untuk kumpulan Rimba Bara yang ditimpa kemalangan pada akhir filem Rock Bro!. Apabila baru sahaja bangun daripada koma berbelas tahun akibat kemalangan. Apabila Dio terjaga, dia sedari dirinya berada pada zaman moden dan kumpulan Rocknya; Rimba Bara sudah lama tiada. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman kini yang banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Jadi, dia bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan tubuhkan kumpulan rock Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi Rimba Bara.

“Jalan cerita yang bagus tetapi boleh jadi lebih bagus” 

Okay, kita mulakan dulu merungkaikan tentang jalan cerita filem sekuel ini. Untuk filem ini, antara babak-babak pertama saat filem ini dimainkan, jalan ceritanya mudah untuk difahamkan oleh para-penonton. Akan tetapi kemudahan ini mungkin dapat dirasakan oleh para-penonton yang memang tahu dan follow siri filem Rock yang terdahulu kerana terdapat beberapa referencing kepada filem Rock Oo dan Rock Bro!. Disebabkan filem ini mengikuti perjalanan kisah hidup “ahli” terakhir kumpulan Rimba Bara, iaitu Dio. Tetapi jalan cerita filem ini juga diselitkan dengan kisah hidup 4 anak muda yang cuba untuk menubuhkan band ‘indie’ mereka yang tersendiri.

Image via: Thelaki.com.my

Untuk jalan cerita filem ini, ianya tidak terlalu teruk walaupun masih lagi ada beberapa plot yang mungkin membuatkan saya sebagai penonton merasakan abit awkward. Secara jujurnya idea jalan cerita filem ini saya suka, kerana ianya mengikut kesinambungan tentang kejadian yang menimpa kumpulan Rimba Bara. Cuma pada saya, ada beberapa plot yang tidak begitu tight. Saya lebih suka apabila filem ini memfokuskan kepada kumpulan Rimba Bara instead of kumpulan ‘indie’ terbaru yang digelar sebagai Rimba Bara 2. Terdapat beberapa scene yang membuatkan saya rasa tuan pengarah Mamat Khalid inginkan penonton untuk move on daripada Rimba Bara, dan scene tersebut berjaya membuatkan otak saya penuh dengan persoalan. Mungkin ini adalah salah satu idea yang pengarah tersebut ingin terbitkan dalam kotak fikiran saya sebagai penonton.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Setiap pemain dalam filem ini mempunyai kekuatan yang tersendiri

Dari segi bentuk lakonan yang cuba disampaikan saya boleh kategorikan sebagai “well, done”. Saya tidak boleh sentuh sangat bab lakonan ini disebabkan saya tidak mempunyai background tentang lakonan, akan tetapi ianya juga adalah tugas saya sebagai penonton untuk menerima apa yang cuba disampaikan. Bab lakonan, filem ini menampilkan tiga bakat baru dalam bidang lakonan iaitu Adam John, Bulan Terry dan Nazimi. Ketiga-tiga mereka berjaya menyampaikan watak dengan baik, itu saja. Baik. Tiada hero’s journey yang ditampilkan buat ketiga-tiga pelakon ini, tetapi mereka tidaklah “kayu” dalam menyampaikan dialog mereka. Cuma saya sebagai penonton tiada rasa attachment kepada watak-watak mereka, Hazama on the other hand berjaya membuatkan saya rasa “Ah yes, finally dia berjaya selamatkan filem ni”.

Antara yang menarik dalam filem ini adalah ianya menampilkan cameo-cameo daripada muka-muka yang kita kenal, bukan setakat pelakon sahaja. Terdapat juga beberapa band yang membuat kemunculan khas dalam filem ini. Tuan pengarah berjaya memberikan homage kepada band-band indie mahupun mainstream yang dah berjaya memberikan impak yang besar dalam industri seni hiburan tempatan.

Overall untuk filem ini, ianya adalah pengubat untuk mereka yang sayangkan band Rimba Bara dan hasil air tangan pengarahan tuan Mamat Khalid. Untuk saya, filem ini mungkin akan menjadi lebih menarik jika diberikan man power yang lebih kuat lagi dari segi kreativiti dalam semua aspek. Total bintang yang saya berikan buat filem ini adalah 3/5 bintang.

Image via: Thelaki.com.my

KATALAKI: Kalau ada filem pasal Too Phat pun best jugak kan?

Last modified: 20 February 2020