Rocket Sebenarnya Memang Wujud

Sembang

Siapa tak kenal rakun yang paling famous di dunia, Rocket, salah satu watak utama dalam Guardians of the Galaxy. Walaupun Rocket tak pernah mengaku yang dia ialah seekor binatang, tapi Rocket juga lah yang paling bijak bab senjata, kapal terbang dan macam-macam lagi lah teknologi yang Rocket boleh tapau. Tapi korang tahu tak sebenarnya Rocket ni sebenarnya betul-betul wujud kat dunia ni?

Memang betul Rocket yang ditunjukkan dalam filem Guardians of the Galaxy dan Avengers tu gunakan CGI dan visual effect, tapi macam mana rupa bentuk Rocket dalam filem sebenarnya diinspirasikan daripada seekor rakun yang betul bernama Oreo sebagai model.

Sumber : Getty Images

Gambar kat atas ni diambil masa tayangan perdana Guardians of the Galaxy pada tahun 2014, James Gunn, pengarah filem Guardians of the Galaxy bawa sekali Oreo lalu red carpet. Sama ke tak macam Rocket?

Malangnya, pada 7 Februari 2019, Oreo yang berumur 10 tahun, dah disahkan mati oleh pemiliknya menerusi Facebook @TheGuardiansOfTheGalaxy. RIP.

KATALAKI: Korang jangan tak tahu lak suara Rocket guna suara Bradley Cooper.

Last modified: 11 February 2019