Rockstar Yang Hampir Terbunuh Dalam Kemalangan Udara

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada 19 September 2008, sebuah pesawat yang disewa khas, Learjet 60 dengan nombor pendaftaran N999LJ, terhempas ketika cuba berlepas dari Columbia Metropolitan Airport, Amerika Syarikat. Seramai 6 orang anak kapal yang berada di dalam pesawat ketika kejadian, hanya 2 orang yang berjaya terselamat daripada kemalangan ngeri tersebut termasuk seorang rockstar, Travis Barker yang popular sebagai pemain dram untuk band, Blink-182.

Apa yang berlaku, pesawat yang dinaiki oleh Travis Barker bersama 5 orang lagi anak kapal gagal berlepas dari Columbia Metropolitan Airport sehingga menyebabkan pesawat tersebut terlajak dari landasan dan hampir masuk ke dalam lebuh raya berdekatan sebelum seluruh bahagian pesawat hangus dalam api yang marak. Menurut rakaman komunikasi antara juruterbang pesawat dan menara kawalan udara sebelum kemalangan berlaku, juruterbang ada bagi tahu mengenai tayar pesawat yang pecah sebelum pesawat sempat naik ke udara dan cuba untuk membatalkan penerbangan. Malang sekali, pesawat gagal diberhentikan dan merempuh pagar penghadang di hujung landasan Columbia Metropolitan Airport.

Travis Barker bersama seorang lagi rakan selebriti, DJ AM yang masih dalam keadaan sedar semasa kemalangan berlaku, berjaya menendang pintu keluar kecemasan pesawat dan melompat keluar melalui sayap pesawat untuk menyelamatkan diri, dalam keadaan pakaian yang disambar api. Travis Barker yang terbakar 65% daripada keseluruhan badan, dibawa ke hospital dalam keadaan tenat dan kekal berada di hospital selama 11 minggu untuk menerima rawatan.

Pada waktu tersebut, Blink-182 masih lagi dalam tempoh berehat atau juga digelar indefinite hiatus sejak tahun 2005 selepas setiap ahli anggota Blink-182 yang terdiri daripada Travis Baker, Mark Hoppus dan Tom DeLonge berdepan dengan masalah dalaman. Sehingga lah berlaku kemalangan nahas udara yang melibatkan Travis Baker, baru lah ketiga-tiga ahli anggota Blink-182 kembali berjumpa dan bersua muka di hospital semasa Travis Baker masih lagi menerima rawatan. Pada tahun 2009, buat pertama kali sejak tahun 2005, Blink-182 kembali bersatu di pentas Grammy Awards dan mengumumkan mengenai reunion secara rasmi.

Selepas kemalangan ngeri yang berlaku, gaya hidup Travis Baker berubah sepenuhnya antaranya semakin aktif berenang dan berlari setiap hari, tidak lagi ketagih dengan ubat penahan sakit dan dah tak berani langsung naik kapal terbang. Selepas Blink-182 kembali reunion dan mengadakan jelajah di sekitar negara-negara Eropah, Travis Baker hanya menggunakan bas dan bot sebagai pengangkutan.

KATALAKI: Tahun 2020, Blink-182 masih lagi aktif sebagai sebuah rock band. Baru-baru ni ada keluar lagu baru bertajuk Quarantine.

Last modified: 13 August 2020