Roller² Coaster Paling Jahat Di Dunia!

Sembang, ZAP, ZeKool

Bukan semua orang minat naik Roller Coaster disebabkan faktor-faktor seperti takut dengan kelajuan atau ketinggian. Ada juga yang tak boleh naik Roller Coaster atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Tapi bagi peminat Roller Coaster pula, biasanya apa yang korang inginkan semasa menaiki Roller Coaster tersebut? Mesti lah korang nak Roller Coaster yang laju, yang berpusing 360 darjah atau yang boleh menjunam dengan laju dari ketinggian yang tinggi. Ini antara ciri-ciri yang dicari oleh pecinta Roller Coaster, dan yang paling best adalah perasaan adrenaline rush semasa menaiki Roller Coaster tersebut. Tapi tak semua orang lah ada adrenaline rush tu sebab ada yang naik macam tak ada perasaan.

Jadi kali ini aku akan senaraikan beberapa Roller Coaster yang jahat untuk korang cuba (kalau ada bajet lebih lah). Istimewa sikit artikel kali ini akan disertakan sekali video-video Point of View (POV) menaiki Roller Coaster yang jahat ni. So tengok video je dah tahu macam mana seramnya Roller Coaster ni semua. Tapi kalau Roller Coaster tu dekat Jepun, anda dilarang menjerit.

KINGDA KA, NEW JERSEY

Dengan ketinggian 456 kaki dan ketinggian drop-point pertama pada 416 kaki, ‘Kingda Ka’ yang berada di Six Flags Great Adventure di New Jersey sememangnya mampu untuk buat jantung para pengunjung gugur. Gila weh ketinggian drop-point dia lebih dari 400 kaki. Bukan setakat mempunyai ketinggian yang gila, tapi jarak untuk pergi ke drop-point pun singkat, bermakna tempoh perjalanan Roller Coaster ini sekejap sahaja. Walaupun masa yang sekejap, tetapi dengan kombinasi kelajuan dan ketinggian yang gila, penumpang Roller Coaster tersebut tentu merasakan cukup untuk naik sekali je.

TAKABISHA, JEPUN

Kelebihan tersebar Roller Coaster ni mungkin pemandangan Gunung Fuji yang dapat dilihat oleh para penumpang pada hari cuaca cerah. Tapi itu pun kalau korang masih rasa tenang lah masa naik Roller Coaster ni dan tengok pemandangan Gunung Fuji yang indah tu. Roller Coaster Takabisha yang terletak di Fuji-Q Hihgland, Jepun, mempunyai drop-point yang agak gila dimana para penumpang akan dijatuhkan pada sudut 121 darjah. Apa yang unik tentang drop-point Takabisha adalah ia mampu untuk membuatkan para penumpang rasa macam nak terjatuh daripada tempat duduk masing-masing. Aku tengok video POV dia pun dah nak tercabut jantung.

YUKON STRIKER, KANADA

Roller Coaster yang bertempat di Canada’s Wonderland ini merupakan salah satu yang terpantas di dunia dengan terjunan terpanjang. Ia juga memiliki laluan yang berpusing 360 darjah. Tapi berpusing 360 darjah ni dekat Malaysia pun ada, cuma drop-point dia je yang lebih menyeramkan. Apa yang menambahkan ketakutan para penumpang adalah tempat duduknya yang tidak berlantai. Maksudnya kaki korang tak akan berpijak pada lantai dan akan membuatkan korang seolah-olah terbang semasa di drop-point. Kalau tengok dari video POV, korang boleh tengok masa nak jatuh tu Roller Coaster ni macam berhenti kejap untuk bagi droping feel pada penumpang. Ada beran?

TIME TRAVELER, MISSOURI

Aku rasa Roller Coaster ni pun boleh tahan jahat. Bukan sebab dia punya drop-point tu curam, tapi sebab kenderaan Roller Coaster ni berpusing-pusing sepanjang perjalanan. Dengan ketinggian 100 kaki, Roller Coaster yang berada di Silver Dollar City, USA ni punya kejahatan boleh dikatakan yang terbaik dengan melakukan pusingan-pusingan pada kenderaan yang mampu meledakkan adrenaline rush para penumpang. Lepas naik Roller Coaster ni confirm muntah weh!

THE EDGE, FILIPINA

Okay yang ni tak nampak lah macam Roller Coaster sangat tapi masih lagi dalam kategori ride yang menyeramkan dan layak masuk dalam list ni sebagai honorable mention. Apa yang ditawarkan dalam oleh permainan ini bukan lah kelajuan atau drop-point yang gila, tapi view yang seolah-olah nak terjatuh dari bangunan tinggi. Di tingkat 38 Crown Regency Hotel and Towers, Cebu City, terdapat sebuah trek untuk mereka yang nak rasakan berada di hujung bangunan tinggi. Siapa yang selalu terfikir macam mana rasanya berdiri di hujung bangunan tinggi, boleh cuba naik The Edge ni. Permainan ini akan tergantung pada sudut 55 darjah di ketinggian 130 meter. Rasanya cukup kot dan buat jantung korang berkencang laju. Tapi ride yang ni tak jumpa video POV yang clear

THELAKI: Mungkin Roller Coaster dekat Malaysia ni belum cukup mencabar…

Last modified: 17 July 2020