Rompakan Berlian Terbesar Di Dunia!

Sembang

ϟ Trending

Korang pernah dengar tentang area Antwerp Diamond District tak? Kalau korang nak tahu, Antwerp Diamond District merupakan satu area yang mana pelbagai belian berjumlah berbillion USD dijual beli. Security untuk kawasan ini juga merupakan yang paling ketat di dunia!

Tapi walau macam mana ketat pun security dia, pada tahun 2003 telah berlaku satu rompakan belian yang paling terbesar di dunia. Rompakan ini telah dilakukan oleh satu kumpulan yang diberi nama School of Turin. Orang yang bertanggungjawab melakukan rompakan ini adalah Leonardo Notarbatolo.

Leonardo merupakan seorang perompak yang agak berjaya dan dia mula menjadi seorang pencuri sejak dia berumur 8 tahun lagi. Dia sangat familiar dengan kawasan Antwerp Diamond District kerana dia selalu datang ke sini untuk menjual hasil rompakannya sebelum ini.

Dia pada mulanya menangkap gambar sebuah vault yang terdapat dikawasan itu yang dipercayai menyimpan pelbagai barang kemas. Daripada gambar tersebut, dia membina sebuah replika yang menyerupai vault tersebut dan mula berlatih dengan ahli kumpulannya bagi memastikan rancangannya nanti berjaya.

Dan pada 16 Febuari 2003, dia dan ahli kumpulannya memulakan rancangan mereka. Mereka berjaya melepasi kamera CCTV, magnetic sensor, light sensor, heat and motion sensor dan pelbagai point keselamatan yang lain.

Selepas pintu vault tersebut terbuka, pelbagai diamond berada dihadapan mereka. Mereka tidak membuang masa dan terus mengisikan belian-belian tersebut ke dalam beg dorang. Leonardo dan ahli kumpulannya mengambil masa 2 jam untuk membawa keluar semua belian yang ada dalam vault tersebut.

Selepas menyimpan beg-beg belian ini di dalam kereta, mereka berpecah dan Leonardo bersama seorang rakannya, Speedy atau nama penuhnya Pietro Tavano. Semasa sedang melarikan diri, Speedy kelihatan tidak tenang dan berada dalam ketakutan.

Leonardo telah memberhentikan keretanya untuk menenangkan Speedy namun dia telah bertindak membuang beg yang mereka bawa ke dalam hutan. Semua belian-belian dan bahan bukti lain yang berada dalam beg tersebut bersepah dikawasan tersebut.

Selepas berjaya memujuk Speedy, mereka mengutip balik belian-belian yang bersepah tadi dan meneruskan perjalanan mereka. Apa yang mereka tidak tahu adalah tempat dorang buang bahan bukti tadi adalah tanah milik August Van Camp. August telah menelefon pihak polis untuk mengadu ada orang buang sampah dikawasannya.

Setibanya pihak polis dikawasan tersebut, mereka telah menjumpai sebuah videotape, sandwich yang telah dimakan separuh, beberapa biji belian dan sebuah resit pembelian video surveillance system. Dengan bukti-bukti ini, pihak polis telah berjaya mengaitkan kes rompakan tersebut dengan Leonardo Nortabatolo.

Dia akhirnya telah ditangkap oleh pihak polis bersama-sama dengan ahli kumpulannya yang lain. Semasa disoal siasat, dia menyatakan mereka cuma sempat mencuri belian dengan nilai sebanyak USD20 juta namun pihak berkuasa berkata masih terdapat belian yang dengan nilai USD100 juta yang masih belum dijumpai.

Dia telah dipenjarakan selama 10 tahun manakala ahli kumpulannya yang lain dipenjara selama 5 tahun setiap seorang. Satu info menarik tentang rompakan ini adalah Leonardo menyatakan dia bukannya ketua kumpulan ini, dia menyatakan dia telah diupah oleh seseorang dan baki belian yang belum dijumpai sehingga sekarang itu terdapat pada orang yang mengupahnya. Dia juga menyatakan dia tidak kenal dan tahu rupa paras orang yang mengupahnya.

KATALAKI: USD100 juta diamond masih belum dijumpai, banyak tu!

ϟ Trending

Last modified: 17 September 2019