Ruang Tamu Rumah Sebijik Dalam TV Series?

Sembang

Baru-baru ini syarikat pembekal perabot terkenal Sweden; IKEA telah melancarkan siri katalog berjudul “Real Life” dengan menghidupkan reka bentuk ruang tamu mirip seperti dalam siri TV The Simpsons, Friends dan Stranger Things. Reka bentuk ruang tamu ikonik dan paling diingati ramai itu berjaya mencuri tumpuan kesemua pengemar tiga siri TV yang popular itu.

Bertemakan konsep “For Real Families”,  bukan saja reka bentuk bilik ataupun ruang tamu yang sama seperti di dalam TV series tersebut, malah setiap perabot dan dekorasi yang terdapat pada katalog tersebut disertakan dengan tag harga dan nama produk yang tertera di setiap bahagian dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai gaya dan jenis perabot yang di tampilkan untuk merealisasikan konsep ruang tamu ikonik serupa dengan rancangan TV popular itu. Pemilihan produk dan hiasan dekorasi ruang tamu yang dilengkapi telah berjaya mewujudkan feel evergreen 742 Evergreen Terrace, ruang tamu yang biasa kita dapat lihat di dalam siri animasi The Simpsons.

Hiasan lilin serta beberapa rentetan lampu yang terdapat pada gambar katalog ini benar-benar merealisasikan ruang tamu yang selalu ditunjukkan dalam siri TV Netflix, Stranger Things.

Image via: https://hypebeast.com/

Produk perabot dengan look and feel seperti zaman 90an yang terdapat di IKEA Sweden ini juga berjaya menciptakan ruang tamu yang sama seperti watak lakonan Courteney Cox sebagai Monica di dalam siri TV popular; Friends.

So buat peminat 3 rancangan popular tersebut. Apa yang di tunggu lagi, ce try and buat jugak design bentuk ruang tamu atau bilik korang sama seperti dalam siri TV The Simpsons, Friends, dam Stranger Things. Eh tapi kalau kita study betul-betul, aku rasa banyak lagi ruang tamu atau reka bentuk daripada siri TV yang kita boleh tiru semua heee…

KATALAKI: Kalau nak setting ruang tamu macam siri 2+1 boleh tak?

Last modified: 11 September 2019