Rumah Hantu Dengan Hanya Lalu Drive-Thru

Sembang, ZAP, ZeKool

Selain daripada panggung wayang, pusat karaoke dan pusat urut yang menjadi tempat manusia menghilangkan rasa semak dan senak di dalam kepala terpaksa ditutup untuk tempoh yang lama disebabkan pandemik COVID-19, rumah hantu juga antara destinasi yang terkesan apabila majoriti penduduk dunia terpaksa berkurung di dalam rumah. Tapi sebelum kita semua menjalani tempoh lockdown, bila kali terakhir korang masuk ke dalam rumah hantu? Kalau kat Malaysia ni, rasanya rumah hantu paling popular yang dinanti-nantikan oleh orang ramai adalah Nights of Fright yang selalu dianjurkan oleh Sunway Lagoon bila tiba musim Halloween. Tahun 2020 ni, agak-agaknya Nights of Fright akan dianjurkan ke tak?

Baru-baru ni, selepas hilang ramai pelanggan disebabkan pandemik COVID-19, sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan rumah hantu, dikenali sebagai Kowagarasetai yang terletak di Tokyo, merealisasikan idea baru dengan mewujudkan sistem drive-thru kepada bakal pelanggan baru untuk kembali merasai pengalaman masuk ke rumah hantu tanpa perlu bersentuhan atau bersemuka dengan hantu-hantu yang ditampilkan. Cara yang lebih mudah untuk faham, pelanggan hanya akan berada di dalam kereta masing-masing sambil melalui sebuah kawasan yang dibina untuk menakutkan pelanggan dengan hantu-hantu yang akan membuat kemunculan secara terkejut.

Kalau pelanggan takde kereta sendiri pun takpe. Kowagarasetai juga ada sediakan kenderaan yang boleh disewa supaya setiap pelanggan boleh merasai pengalaman baru masuk ke rumah hantu secara drive-thru. Menurut Kowagarasetai, sebenarnya rumah hantu secara drive-thru lagi menakutkan daripada rumah hantu biasa sebab pelanggan akan terkurung di dalam kereta sambil diserbu oleh hantu-hantu dan tak boleh nak lari ke mana-mana. Tapi bahaya gak kan kalau tiba-tiba ada pelanggan yang dah tak tahan takut sangat, habis semua hantu kena langgar dengan kereta.

Kalau mengikut harga yang dipamerkan di laman web rasmi Kowagarasetai, pelanggan yang mempunyai kenderaan sendiri perlu membayar 8,000 yen, bersamaan dengan RM 320 untuk satu kereta dan setiap persembahan akan berlangsung selama 20 minit. Kalau nak lagi menakutkan, pelanggan juga boleh membayar 1,000 yen untuk menambah kesan darah yang sudah pasti akan mengotorkan kereta pelanggan. Tapi jangan risau, selepas selesai lalu drive-thru, kereta setiap pelanggan akan dicuci dengan bersih, bukan cuci sebab ada darah je, tapi akan dicuci dengan bahan pembunuh kuman supaya dapat mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19.

KATALAKI: Macam menarik gak kalau rumah hantu versi drive-thru ada kat Malaysia. Cuma kalau kat Malaysia, jalan nak masuk rumah hantu tu mungkin akan jammed sepanjang berpuluh-puluh kilometer.

Last modified: 29 June 2020