Rumble League – Overwatch Versi Mobile?

Game, Tech

Sekarang ini kalau korang tengok scene mobile gaming yang ada semuanya fokus kepada competitive gameplay. Dorang buat gamegame macam ini sebab dorang tahu scene Esports sekarang tengah meletup dan kalau dorang kena pastikan game yang dorang keluarkan Esports ready.

Disebabkan itu hari ini aku nak bercerita sikit tentang satu permainan video yang aku perasan sedang mula mendapat minat terutamanya daripada orang Malaysia iaitu game Rumble League. Thanks kepada geng-geng MyGameOn sebab memperkenalkan game ini kepada aku hahaha!

Ok first sekali apa yang korang perlu tahu tentang Rumble League ini adalah ia merupakan satu permainan video mobile yang berciri team-based shooter yang mana korang akan bermain bersama dengan empat lagi players. Apa yang aku boleh cakap game ini adalah seperti Overwatch tapi versi mobile!

Dalam game ini terdapat beberapa hero yang korang boleh pilih. Sama seperti game MOBA lain, setiap hero terdiri daripada beberapa Role jadi korang kena pilih hero yang sesuai dengan gameplay korang. Terdapat empat Roles yang korang boleh pilih iaitu Melee, Ranged, Tank dan juga Support. Bagi yang baru bermain, Roles Ranged adalah lebih mudah untuk korang main.

Bagi setiap Roles, korang boleh pilih Hero yang sesuai dengan korang. Setiap hero mempunyai skill yang berbeza-beza. Weapon yang dorang gunakan juga berbeza jadi nasihat aku, korang try dulu beberapa Hero yang sesuai dengan korang sebelum korang main secara Competitive.

Kenapa aku cakap game ini seperti game Overwatch? well ini disebabkan gameplay mode yang dorang sediakan dalam game ini. Untuk Rumble League ini, terdapat 3 mode yang korang boleh main. Yang pertama adalah Payload. Kalau korang pernah main Overwatch, mesti korang tahu macam mana gameplay mode Payload. Dalam mode ini korang sama ada perlu mengawal Payload dan pastikan ia sampai ke destinasi sebelum masa tamat ataupun korang akan bertindak sebagai orang yang akan attack team yang mengawal Payload dan pastikan Payload dorang tak sampai ke destinasi.

Mode kedua adalah Rumble. Dalam mode Rumble korang akan berdepan dengan 2 team enemy serentak. Dalam mode ini, mana-mana ahli kumpulan yang mati tidak akan respawn kembali dan pasukan mana yang berjaya membunuh semua ahli team enemy, pasukan dialah yang akan menang.

Dan mode yang terakhir adalah Control Zone. Dalam mode Control Zone ini, pasukan korang kena berada dalam zone yang diberikan dan pastikan korang protect zone tersebut daripada dirampas oleh pasukan musuh. Akan ada dua zone yang akan diberikan iaitu Zone A dan Zone B. Semakin lama korang berada dalam zone tersebut, semakin tinggi point yang pasukan korang dapat jadi kalau korang nak menang cepat, pastikan korang conquer kedua-dua zone!

Bagi korang yang nak cuba game ini, korang boleh download dekat Google Play ataupun di App Store. Kalau korang dah download nanti jangan lupa add aku sebab aku rasa aku power bawa roles Ranged hahaha. Lagi satu aku dapat rasakan game ini mungkin akan jadi the next big mobile game selepas Mobile Legends.

KATALAKI: Agak-agak bila aganya dorang nak buat tournament untuk game Rumble League ni? 

Last modified: 31 August 2019