SABAH Top Player (STOP) – Pasukan Underdog Mengganas!

Sembang

Seperti yang dijanjikan, bagi memeriahkan MPL MY/SG Season 4, aku akan menulis sejarah dan origin tentang pasukan-pasukan yang akan berentap pada MPL MY/SG S4 tahun ini. Sebelum ini aku ada menulis tentang Shopee Bosskurr, korang boleh baca dekat SINI.

Kalau nak diikutkan, SABAH Top Player ataupun dikenali sebagai STOP telah mula ditubuhkan pada Mei 2019. Founder untuk pasukan ini iaitu Mohd Azmi “Adz” Dollen telah mencari pemain-pemain yang berpotensi tinggi dalam LeaderboardStreetRanking untuk menjejak mereka yang ada kebolehan untuk bermain secara profesional.

Dengan cara ini, Adz dapat mengumpulkan antara pemain-pemain hebat yang berada di Sabah untuk berjuang di bawah satu nama iaitu SABAH Top Player. Terdapat 6 orang pemain dan seorang pengurus di bawah pasukan ini.

Pasukan ini diuruskan oleh Wafi Saman dan 6 orang pemain untuk pasukan ini adalah Mohd Azmi “Adz” Dollen, Isaac “Proler” Chang How Vun, Hugo “Freedom” Tan Juin, Scoot “xSlash” Erol Nathaniel Suhaimi James, Clintend “Clinzyy” Nick James dan Jeremiah “Peng2kz” Jay.

Satu info menarik tentang pemain pasukan STOP adalah Proler masih lagi dibangku sekolah. Dia yang kini sedang belajar di tingkatan 2 tetap tahu membahagikan masa antara bermain Mobile Legends dan juga pastikan pelajarannya tidak terabai. Respek gila dengan player SABAH Top Player ni!

Ketika ditanya adakah pasukan STOP akan fokus pada permainan video Mobile Legends sahaja, Wafi selaku pengurus menyatakan disebabkan sumber yang agak terhad daripada pihak pengurusan SABAH Top Player, mereka cuma mampu untuk fokus pada Mobile legends sahaja setakat ini.

Namun andaikata mereka memiliki dana yang mencukupi, mereka juga teringin untuk membentuk satu division lain untuk permainan video seperti PUBG Mobile, FIFA, Super Smash Bros Ultimate dan beberapa permainan video yang lain.

Walaupun pasukan SABAH Top Player masih lagi baru, mereka telah berjaya memenangi beberapa tournament lain seperti Gaming Castle Tournament, Mini Community Hero Tour Penampang, Unicorn Online MLBB, Grand Merdeka Battlegrounds Season 3 dan tidak dilupakan layak untuk bertanding dalam MPL MY/SG Season 4!

Bertanya tentang persiapan SABAH Top Player untuk MPL Season 4, Wafi berkata pasukannya telah mencuba sehabis baik untuk berlatih bersama-sama walaupun ada diantara mereka yang masih dibangku sekolah dan dalam persiapan untuk peperiksaan.

Dana yang terhad juga agak menyukarkan mereka berlatih seperti pasukan-pasukan lain yang mempunyai gaming house dan kelengkapan yang mencukupi namun Wafi tidak mahu itu menjadi penghalang untuk pasukan STOP menjulang piala MPL MY/SG Season 4 tahun ini.

Bagi acara terbesar tahun ini iaitu Mobile Legends World Cup M1, Wafi berkata masih kurang info tentang bila ia akan bermula dan sebagainya. Namun andaikata kejohanan itu tidak mengganggu peperiksaan pemain-pemain STOP, mereka akan pastikan mereka akan memasuki kejohanan tersebut.

Akhir kata pasukan SABAH Top Player kepada peminat dan penyokong-penyokong mereka selama ini, Wafi mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan STOP dan dia akan pastikan mereka memberikan gameplay yang terbaik dalam MPL MY/SG Season 4 dan pastikan Piala MPL Season 4 akan dijulang oleh pasukan SABAH Top Player!

KATALAKI: Lepas ni nak tulis pasal team mana pulak eh? hmmmmm…

Last modified: 26 August 2019