Sabrina The Teenage Witch Tapi Versi Lebih Gelap!

Sembang

Mesti korang ingat lagi siri Sabrina the Teenage Witch yang selalu keluar dekat TV dulukan. Siri yang banyak scene-scene yang lucu dan paling tak boleh lupa kucing Sabrina, Salem yang selalu nak prank Sabrina.

Well tahukah korang yang baru-baru ini, Netflix ada mengeluarkan remake untuk siri Sabrina tapi membawa jalan cerita yang lebih gelap dan lebih seram!

Remake yang diberi nama The Chilling Adventures of Sabrina ni telah keluarkan episode pertama dorang pada 26 Oktober di Netflix.

Berbeza sangat ke Sabrina the Teenage Witch dan The Chilling Adventures of Sabrina? Hari ni kitorang akan share 3 perbezaan antara dua siri ni.

SALEM, THE CAT

Kalau korang tengok Salem dalam versi The Teenage Witch lebih kepada kucing yang suka buat masalah. Tak dilupakan Salem didalam siri ini mengunakan animatronik dan replika sahaja.

Tetapi untuk siri terbaru Netflix ni, Salem yang digunakan adalah kucing hidup dan bukanya replika ataupun animatronik. Lagi satu perbezaan Salem antara Sabrina dulu dan Netflix Sabrina adalah Salem didalam Sabrina the Teenage Witch boleh bercakap.

Suara yang digunakan untuk watak Salem dalam Sabrina the Teenage Witch adalah Nick Bakay, seorang pelawak dan juga sportcaster.

MAKCIK-MAKCIK SABRINA

Didalam Sabrina The Teenage Witch, Sabrina dijaga oleh 2 orang makciknya yang juga merupakan ahli sihir. Aunt Zelda dan Hilda dalam siri sitkom ni nampak lebih ceria dan lawak berbanding dalam siri Netflix yang menunjukan mereka berdua yang lebih misteri dan kearah dark witch yang sebenar.

Didalam siri The Teenage Witch, Aunt Zelda membawa watak seorang yang lebih berfikiran logik dan Aunt Hilda lebih kepada makcik yang cool. Berbeza didalam siri Netflix yang mana Aunt Zelda dalam siri ni lebih kepada makcik yang tegas dan garang.

Aunt Zelda dalam siri Netflix ini dibintangi oleh pelakon Lord of The Ring, Miranda Otto manakala watak Aunt Hilda pulak dilakon oleh Lucy Davis yang pernah muncul dalam movie Wonder Women sebagai Atta Candy.

AYAH DAN IBU SABRINA

Didalam Netflix The Chilling Adventures of Sabrina, ayah dan ibu Sabrina telah mati didalam satu kemalangan. Ibu Sabrina merupakan seorang manusia biasa manakala ayahnya merupakan seorang High Priest didalam satu clan yang diberi nama The Church of Night.

Beza dengan siri sitkom Sabrina The Teenage Witch yang mana ayah dan ibu Sabrina masih hidup tetapi telah bercerai dan mengambil keputusan untuk meletakan Sabrina dibawah jagaan makciknya iaitu Aunt Zelda dan Aunt Hilda.

Didalam siri Sabrina the Teenage Witch, ibu Sabrina tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Sabrina atau dia akan disumpah menjadi bola lilin.

Aku baru saja habiskan season 1 untuk siri The Chilling Adventures of Sabrina dan aku tak sabar nak tunggu season 2.

KATALAKI: Harap-harap lepas ni dorang buat live action netflix series untuk Scooby Doo pulak!

Last modified: 7 November 2018