Sah! 7 kali Marc Marquez Juara Dunia MotoGP

Aktif, Motorsports

21 Oktober yang lepas, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez telah pun dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP untuk kali ke-7 selepas Andrea Dovizioso jatuh di lap 2 terakhir perlumbaan di GP Jepun.

Dengan baki 3 perlumbaan lagi di Philip Island, Sepang dan Valencia, Marc Marquez sememangnya layak menjadi juara dunia MotoGP 2018 dengan perlumbaan yang konsisten sejak awal musim walaupun dicabar hebat oleh Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo & Valentino Rossi.

Sumber Gambar : www.zabikers.co.za

Sumber Gambar : www.marcmarquez93.com

 

Marc Marquez yang baru je berumur 25 tahun, dah menang kejuaraan dunia MotoGP sebanyak 7 kali. 7 kali bro! Korang ingat lagi tak rider yang pernah menang kejuaraan dunia MotoGP lebih daripada 5 kali? Jom kita usha!

Giacomo Agostini

Sumber Gambar : www.motorsportal.com

Sumber Gambar : www.autoevolution.com

Lahir pada tahun 1942, di Brescia, Italy. The living legend Giacomo Agostini atau Ago pernah menjadi juara dunia MotoGP sebanyak 15 kali. Takde lagi pelumba MotoGP lain yang menang lebih banyak daripada Ago sehingga kini. Kira true legend la ni. Kali terakhir Ago jadi juara dunia pada tahun 1975 bersama jentera Yamaha.

Mick Doohan

Sumber Gambar : www.redbull.com/getty images

Sumber Gambar : www.autoevolution.com

Pelumba dari Australia ni pernah menjadi juara dunia MotoGP sebanyak 5 kali sejak 1994 – 1998. Antara musuh ketat Mick Doohan dalam track masa tu ialah Kevin Schwantz, Wayne Rainey dan Max Biaggi. Mick Doohan juga dikenali sebagai seorang pelumba MotoGP yang setia dengan jentera Honda dari awal penglibatannya dalam MotoGP sampai bersara.

Valentino Rossi

Sumber Gambar : www.motogp.com

Sumber Gambar :www.youtube.com

Sumber Gambar : www.gomotoriders.com

Satu – satunya rider dalam sejarah MotoGP yang pernah menjadi juara dunia MotoGP untuk kelas 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP, Valentino Rossi atau Vale dah kumpul 9 kejuaraan dunia MotoGP. Pemilik nombor 46 ni juga pernah berlumba untuk 4 jentera yang berbeza antaranya Aprillia, Honda, Yamaha dan Ducati. Max Biaggi, Casey Stoner, Jorge Lorenzo, dan Marc Marquez antara rider yang pernah bertegang urat dengan Vale dalam track.

KataLaki: Next year Jorge Lorenzo jadi teammate Marc Marquez untuk Repsol Honda. Confirm gaduh dalam track!

Last modified: 25 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *