Sah! Perlumbaan F1 2020 Berlangsung Secara Tertutup

Aktif, Motorsports

Berita baik untuk penggemar sukan lumba kereta Formula One, selepas permulaan musim baru tahun 2020 lama tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, akhirnya Formula One mengumumkan secara rasmi mengenai musim terbaru perlumbaan Formula One yang bakal bermula pada 3 Julai 2020. Seperti yang dijangka, semua perlumbaan Formula One untuk tahun 2020 akan diadakan secara tertutup tanpa sebarang penonton dan penyokong.

Buat masa ni, hanya 8 perlumbaan yang akan dilangsungkan melibatkan litar lumba di Austria, Hungary, Great Britain, Sepanyol, Belgium dan Itali. Sebarang penambahan jumlah perlumbaan akan dikemas kini oleh Formula One dalam masa terdekat. Formula One menjangkakan sebanyak 15 hingga 18 perlumbaan akan diadakan pada tahun 2020 bagi menamatkan saingan perlumbaan Formula One untuk musim 2020 yang dijangka selesai pada bulan Disember nanti.

Selain daripada menyajikan aksi perlumbaan kepada peminat-peminat tegar Formula One, aspek keselamatan juga adalah perkara paling penting yang perlu diutamakan oleh Formula One memandangkan dunia hampir berjaya menewaskan virus jahat COVID-19. Bukan keselamatan dan kesihatan penonton je yang perlu dirisaukan, tapi keselamatan pelumba dan krew yang terlibat juga perlu diutamakan sepanjang acara perlumbaan Formula One berlangsung.

Menjelang perlumbaan Formula One yang akan bermula di litar lumba Red Bull Ring, Austria pada 3 Julai 2020 nanti, ada beberapa langkah keselamatan yang akan dijalankan setiap masa bagi memastikan tidak berlaku sebarang penularan wabak COVID-19 semasa perlumbaan Formula One berlangsung antaranya pemeriksaan kesihatan akan dijalankan setiap masa melibatkan individu yang terlibat dalam perlumbaan Formula One termasuk lah pelumba, krew dan media. Selain daripada tu, individu yang terlibat dalam perlumbaan Formula One juga dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelum ni bagi mengelakkan berlaku sebarang kesesakan di setiap litar perlumbaan Formula One.

Amalan penjarakan sosial sudah semestinya wajib dilaksanakan di setiap perlumbaan sama ada sebelum, semasa dan selepas perlumbaan diadakan. Individu yang terlibat dalam perlumbaan Formula One juga akan bergerak dari setiap negara ke negara lain secara berasingan termasuk penerbangan yang ditempah khas, tempat penginapan diasingkan dan pergerakan di setiap negara yang terlibat dalam perlumbaan Formula One terpaksa dihadkan. Sebelum ni pelumba dan krew Formula One siap boleh jalan-jalan makan angin di setiap negara, tapi sekarang ni terpaksa mengamalkan cara kerja normal baharu.

KATALAKI: Peminat Formula One dah dapat berita baik walaupun boleh tengok kat rumah je. Penggemar sukan MotoGP masih lagi menanti keputusan yang bakal diumumkan tak lama lagi.

Last modified: 3 June 2020