Sahur Cara Bujang Paling Sedap

Sembang

Memang indah hidup ni bila bro-bro dah berumah tangga. Sahur ada orang kejutkan, masakkan dan suapkan. Tapi macam mana dengan bro-bro yang masih lagi bujang? Takkan setiap hari nak sahur mi segera?

Sempena bulan Ramadan ni, kami nak kongsikan sahur cara bujang yang korang boleh cuba untuk kekal bertenaga mengharungi hari yang menguji keimanan korang di siang hari. Kang takde la bagi alasan tak puasa sebab tak sahur.

Nasi Goreng

Image Via : friedchillies.com

Kalau yang memang jenis tak boleh tak makan nasi, korang boleh sahur dengan nasi goreng hasil air tangan korang sendiri. Korang boleh masak nasi siap-siap sebelum tidur. Bila bangun sahur, tinggal nak goreng je nasi tu mengikut resipi selera korang. Tapi kena ingat, lebihkan gak sayur dalam nasi goreng korang tu.

Roti + Telur

Image Via : tokomesin.com

Kalau dengar roti disulamkan dengan telur pun dah menyelerakan. Salah satu makanan sahur yang paling senang untuk korang sediakan. Kalau nak lagi sedap, korang buat je scrambled egg pastu letak kicap, makan sekali dengan roti. Sedap sampai jilat lebih daripada ibu jari. Kalau korang ada resipi roti dan telur yang tersendiri pun lagi bagus. Ikut selera korang. Telur bagus gak untuk sahur sebab telur mengandungi protein yang diperlukan oleh badan.

Bijirin

Image Via : Wikipedia

Ada macam-macam jenis bijiran yang korang boleh beli kat kedai ikut selera tekak korang. Tak yah nak masak pape. Tinggal nak letak dalam mangkuk, makan sekali dengan susu. Susu pun elok untuk sahur sebab boleh bekalkan protein ke dalam badan.

Air Suam

Ada yang jenis sahur suka minum air teh, sirap, kopi dan macam-macam lagi air yang bergula. Sebenarnya air yang manis boleh buat korang lagi haus masa waktu siang. Lebihkan minum air suam masa waktu sahur untuk pastikan cecair cukup dalam badan korang.

Buah-Buahan

Image Via : rmolsumsel.com

Salah satu makanan yang paling sedap dan senang untuk korang kunyah dan telan masa sahur. Buah-buahan boleh bekalkan macam-macam nutrisi dalam badan korang untuk kekal bertenaga masa berpuasa. Lebihkan makan buah-buahan masa korang sahur. Rugi betul siapa yang tak suka makan buah-buahan.

Bila dah selalu masak menu yang sama time sahur, apa kata korang belanja pulak diri korang. Bak kata orang, kita self reward ni. Dengan serendah RM80, korang boleh nikmati buffet ramadan di 10 Binjai (PNB Perdana Hotel & Suites On The Park). Yang menariknya, buffet ramadan di bertemakan makanan-makanan yang terdapat di Bazaar Ramadan. So kira macam-macam hidangan lauk-pauk la korang boleh merasa. Kalau nak, klik je KAT SINI.

KATALAKI: Benda paling penting, make sure korang tahu pukul berapa waktu sahur habis kat tempat korang. Jangan dah pukul 8 pagi korang kata sahur.

Last modified: 19 May 2019