SalamWeb – Web Browser Patuh Syariah

Gadget, Tech

SalamWeb Technologies MY Sdn Bhd pada baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian digital untuk umat islam di seluruh dunia bagi mencari, berhubung, dan menyumbang dalam persekitaran dalam talian yang bebas dan selamat.

SalamWeb juga turut memperkenalkan pelbagai rangkaian perkhidmatan internet yang berhubung seperti SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan SalamSadaqah. Produk-produk ini telah diiktiraf oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Amanie bagi mengoptimumkan cara hidup islam.

SalamWeb Browser mempunyai beberapa feature menarik seperti kompas kiblat, waktu solat dan news feeds daripada sumber-sumber yang sahih. SalamWeb Browser juga mempunyai feature SalamProtect yang mana akan menapis kandungan yang disesuaikan dengan cara hidup pengguna.

SalamProtect juga mampu mengingatkan pengguna pada kandungan yang tidak sesuai dan memberikan pengguna pilihan sama ada meneruskan atau menarik diri daripada kandungan yang mereka sedang layari.

Antara kandungan yang tidak sesuai adalah seperti kandungan yang tidak jelas, menyakitkan hati ataupun kandungan berunsurkan penipuan. SalamProtect juga memberikan akses kepada pengguna untuk mengunakan SalamTag untuk tagging website yang mereka layari sama ada website tersebut sesuai atau tidak untuk pengguna lain.

Satu lagi feature menarik adalah SalamSadaqah. SalamSadaqah menggabungkan amalan Sadaqah (amal sukarela) untuk pengalaman melayari internet.

Bagi menggalakan masyarakat menjadi sebahagian daripada pengalaman SalamWeb, setiap carian web atau kandungan laporan yang dibuat oleh pengguna akan dipadankan dengan jumlah sumbangan yang dibuat oleh SalamWeb. Dengan cara ini, pengguna boleh menukar pengalaman internet seharian mereka untuk tujuan amal.

Bagi korang yang nak mencuba menggunakan SalamWeb, Korang boleh download browser in di Playstore dan juga di App Store. 

KATALAKI: Teringat dulu ada satu website macam Facebook nama dia SalamWorld.

Last modified: 23 January 2019