Sambutan 40 Tahun Sony Walkman Buat Diri Terasa Tua

Sembang

Setiap manusia yang tak boleh hidup tanpa muzik mesti tahu dengan kewujudan dan kehebatan Sony Walkman yang pernah menyinari dunia teknologi sebelum lahirnya smartphone. Sony Walkman pertama di dunia yang dipasarkan pada tahun 1979 ialah Sony Walkman TPS-L2.

Objektif utama Sony Walkman dicipta ialah untuk membolehkan setiap manusia di dunia untuk mendengar lagu semasa berjalan, berlari atau pun semasa melakukan apa-apa aktiviti dengan mudah dan tak menyusahkan. Semuanya bermula selepas salah seorang pengasas Sony, Masaru Ibuka selalu bawa Sony TC-D5 yang besar gedabak untuk dengar lagu bila keluar menguruskan bisnes.

Image Via : pinterest.com

Selepas Masatu Ibuka sedar betapa payah dan lecehnya untuk dengar lagu menggunakan Sony TC-D5, Sony mula mencipta sebuah pemain kaset yang boleh digunakan secara mudah alih dan menggunakan headphones berdasarkan Sony Pressman yang selalu digunakan oleh wartawan untuk merakam temu bual.

Image Via : ebay.ie

Selepas 40 tahun kewujudan Sony Walkman, baru-baru ni Sony mengadakan satu pameran di Tokyo untuk mengembalikan nostalgia setiap pengguna Sony Walkman yang digelar “Walkman in the Park“. Mari kita layan gambar-gambar di pameran “Walkman in the Park“.

Image Via : theverge.com

Image Via : theverge.com

Image Via : theverge.com

Image Via : theverge.com

Image Via : theverge.com

Image Via : theverge.com

KATALAKI: Sony Walkman yang korang ada tu boleh guna lagi tak? Dah kira barang rare tu.

Last modified: 10 September 2019