Sampah Paling Stylo Kat Instagram

Sembang

Apa korang rasa bila buang sampah merata-rata? Rasa berdosa kat bumi? Kadang-kadang ada antara kita yang cuba sebaik mungkin untuk elak buang sampah merata. Sanggup simpan sampah dalam pocket seluar. Sampai ada yang secara tak sengaja jadikan kereta macam tong sampah sebab tak nak buang sampah merata-rata kat atas jalan raya.

Tapi apa yang berlaku kat Singapura, ada seorang pengguna Instagram yang jadikan sampah yang dibuang merata-rata sebagai props atau subjek dalam setiap posting kat Instagram.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Walaupun gambar kat Instagram assholes_of_singapore ni boleh dikatakan seni. Tapi mesej yang cuba disampaikan oleh pemilik akaun ni sebenarnya untuk membina kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Caption pun boleh tahan gak kat Instagram assholes_of_singapore ni. Siap tag lokasi sampah tu.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Korang tahu berapa denda yang dikenakan kalau buang sampah merata-rata kat Singapura? 300 Singapore Dollar atau bersamaan dengan RM915. Bapak mahal. Tapi masih lagi ada yang selamba buang sampah merata-rata. Ada banyak lagi gambar yang ada kat Instagram assholes_of_singapore ni. Korang boleh tengok kat akaun rasmi assholes_of_singapore bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by assholesofsingapore (@assholes_of_singapore) on

KATALAKI: Tak kisah la dari negara mana pun, kita semua manusia yang kena jaga kebersihan bumi ni. Bumi ada satu je bro.

Last modified: 19 April 2019