Samsung Galaxy A80 – Kamera Terangkat Pusing-pusing

Gadget, Tech

Baru-baru ini Samsung telah melancarkan smartphone terbaru mereka yang dipanggil Samsung Galaxy A80. Smartphone Samsung Galaxy A80 ini adalah sebuah midrange smartphone dengan camera yang bukan sahaja akan slide atas tetapi boleh juga berpusing secara automatic menjadikan ia berfungsi sebagai camera belakang dan camera hadapan sekaligus.

Camera Samsung Galaxy A80 ini mempunyai popup mechanism yang mana Samsung meletakkan triple camera yang sebesar 48 megapixel sebagai main camera, 8 megapixel ultrawide dan ToF (time-of-flight) sensor. Dengan meletakan setup begini, Samsung Galaxy A80 tidak akan mempunyai notch pada screen-nya yang sebesar 6.7 inci FullHD+ super amoled display.

Sebelum ini korang mungkin pernah melihat setup camera yang lebih kurang macam ini di smartphone jenama lain seperti smartphone Oppo N1 yang mana ia mempunyai 13 megapixel rotating camera yang diletakkan di bahagian atas smartphone. Baru-baru ini Vivo juga ada mengeluarkan smartphone yang mempunyai ciri popup camera iaitu untuk smartphone Vivo V15 dan Vivo V15 Pro.

Smartphone ini juga dilengkapkan dengan fingerprint scanner pada display screen. Untuk bahagian spec pula, Samsung Galaxy A80 ini menggunakan Snapdragon 730G, 8GB RAM dan 128GB storage. Smartphone Samsung Galaxy A80 ini juga dilengkapi dengan battery sebesar 3,700mAh yang menyokong fungsi fast charging dengan 25W.

Terdapat tiga warna yang boleh dipilih iaitu warna Phantom Black, Angel Gold dan Ghost White. Buat masa ini tiada lagi tarikh rasmi bilakah smartphone Samsung Galaxy A80 ini akan mula dijual dipasaran dan berapa harga rasmi penjualannya di Malaysia.

KATALAKI: Macam-macam cara dorang buat untuk hilangkan notch dekat smartphone.

Last modified: 12 April 2019