Samsung Keluarkan Smartwatch Terbaru!

Game, Tech

Macam yang korang tahu, bulan lepas telah berlangsung acara Samsung Galaxy Unpacked 2019 yang mana pihak Samsung memperkenalkan terknologi dan gadget terbaru mereka. Masa itu semua orang focus dekat Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy Fold.

Namun pada itu Samsung juga memperkenalkan Smartwatch terbaru mereka iaitu Samsung Watch Active. Smartwatch terbaru ini dikatakan gabungan dengan Samsung Gear Sport dan teknologi terbaru Galaxy Watch.

Samsung Galaxy Watch Active dilihat lebih simple daripada segi design berbanding smartwatch Samsung yang lain. Terdapat dua button yang terdapat pada tepi Galaxy Watch active. Button yang bawah digunakan untuk menunjukan menu yang terdapat pada smartwatch ini dan button atas digunakan untuk kembali pada Home ataupun bertindak sebagai back button.

Berbeza dengan Samsung Galaxy Watch yang dulu, Galaxy Watch Active dilihat tidak menggunakan rotating bezel sebagai control method. Sebaliknya menggunakan swipe pada screen.

Bagi ketahanan battery pula, Samsung Galaxy Watch Active mampu bertahan sehingga 4 hari walaupun sentiasa disambung menggunakan bluetooth pada smartphone. Kalau korang menggunakan Galaxy Watch Active tanpa menggunakan bluetooth, Galaxy Watch Active ini mampu bertahan sehingga 7 hari. Samsung Galaxy Watch Active akan mula dijual pada pasaran Malaysia bermula pada 8 Mac 2019.

KATALAKI: Yang mana dulu takda beli sebab tangan besar bolehlah try usha Samsung Galaxy Watch Active ini pula.

Last modified: 1 March 2019