Sanggup Tinggal Anak Tepi Jalan, Sebab Nak Larikan Diri!

Sembang


Baru-baru ini pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah melakukan satu operasi bagi membenteras kemasukan dan lambakan warga asing terutamanya yang warga Afrika. Operasi ini telah dijalankan di dua lokasi berbeza selepas menerima pelbagai aduan daripada masyarakat setempat.

Operasi yang bermula jam 1 pagi ini dimulakan di sebuah pangsapuri yang terletak di tengah ibu kota. Selain daripada pihak imigresen, operasi ini turut disertai oleh Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memudahkan lagi operasi memecah masuk rumah yang disyaki dihuni oleh warga asing yang berdegil.

Beberapa penduduk rumah pangsapuri ini telah mengadu kurang selesa dengan kehadiran warga asing yang rata-rata adalah warga Afrika dan menyatakan banyak kes-kes gangguan yang telah dilakukan oleh warga asing ini kepada warga setempat.

Sebaik saja memecah masuk rumah pertama yang disyaki didiami oleh tiga orang warga Afrika, pegawai imigresen mendapati rumah tersebut kosong dan percaya warga asing ini berjaya melarikan diri apabila pegawai cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah mereka.

Namun setelah diperiksa dengan terperinci, mereka berjaya menemui seorang warga Afrika yang sedang bersembunyi di belakang almari baju. Selepas berpuas hati, pegawai imigresen beralih ke rumah yang kedua tapi seperti rumah yang pertama tadi, rumah ini juga telah dikosongkan dan warga asing ini sempat melarikan diri.

Tapi kerana percaya yang ada yang masih bersembunyi di dalam rumah ini, pegawai telah membuat pemeriksaan terperinci dan akhirnya berjaya menemui seorang wanita warga Afrika yang bersembunyi dalam sebuah lubang kecil dan ditutup dengan almari.

Ketika pegawai sedang sibuk memeriksa setiap rumah, kedengaran satu jeritan di bawah pangsapuri antara pegawai dan warga asing. Rupanya-rupanya seorang lelaki warga Afrika yang berkeadaan separuh bogel telah melompat daripada tingkat dua pangsapuri ini untuk melarikan diri.

Nasib dia kurang baik apabila sebaik saja lompat, kaki dia telah patah dan menyukarkan dia untuk melarikan diri. Tidak jauh daripada tempat operasi pertama, telah berlaku adegan kejar-mengejar antara pegawai imigresen dan warga asing yang bersembunyi di kedai-kedai berhampiran.

Beberapa lelaki warga Afrika cuba melarikan diri tapi berjaya diberkas oleh pegawai-pegawai imigresen. Warga Afrika ini dikatakan menjadikan kawasan rumah kedai ini sebagai kawasan mereka melepak pada waktu malam dan penduduk setempat telah mengadu yang mereka tidak tahan dengan bunyi bising yang dilakukan oleh mereka.

Semasa sedang memberkas warga asing ini, pegawai imigresen telah terdengar satu tangisan kanak-kanak dan berjaya menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan keseorangan di kawasan tempat letak kereta. Bayi ini dipercayai telah ditinggalkan oleh penjaganya untuk memudahkan mereka melarikan diri.

Lebih kurang beberapa jam, penjaga bayi yang ditinggalkan tadi telah menyerah diri kepada pegawai imigresen setelah menyedari tindakannya yang tidak berperikemanusian itu. Selain daripada 30 warga Afrika, belasan warga asing daripada negara jiran turut diberkas dalam operasi yang sama.

Warga asing ini didapati bekerja disekitar kawasan rumah kedai ini dan ada juga di antara mereka yang menganggur. Kesemua warga asing ini telah melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen yang sah, tinggal lebih masa dan pas lawatan sosial tamat tempoh. Kesemua mereka telah dibawa ke ibu pejabat imigresen untuk tindakan lanjut.

SUMBER: 999 (TV3)

KATALAKI: Kalau nampak dekat kawasan korang ada banyak warga asing yang korang percaya lakukan kesalahan, jangan lupa untuk laporkan kepada pihak berkuasa.


Last modified: 22 July 2019