Satu Dunia Main Kejar-kejar?

Collab, SuperDeals

SuperDeals

Tak kisah la korang panggil permainan masa zaman kecik dulu “Police Entry” ke atau “Police and Thief” ke, tapi korang mesti pernah main permainan ni masa kecik dulu kan? Walaupun sekarang ni zaman smartphone, budak-budak lebih tertarik dengan teknologi, tapi ada je budak-budak yang masih main kejar-kejar lepas tu siapa yang kena sentuh, dia pula yang kejar balik orang yang sentuh dia tu. Betul?

Kalau korang perasan, permainan ala-ala “Police Entry” dah pun tersebar ke seluruh dunia yang kini dah diiktiraf dan diberi nama World Chase Tag. World Chase Tag ni belum sampai lagi kat Malaysia, tapi setakat ni dah ada dekat Colombia, USA, France, England, Australia dan Japan. Korang boleh tengok match World Chase Tag kat YouTube.

World Chase Tag yang kami perasan memang macam “Police Entry” dicampur dengan sukan Parkour. Ada beberapa jenis perlawanan dan rules juga dalam World Chase Tag. Bawah ni korang boleh baca rules yang dah ditetapkan dalam setiap perlawanan World Chase Tag.

Sumber : worldchasetag.com

Jenis perlawanan yang ada dalam World Chase Tag ni pula terdiri daripada Multiplayer, Team Matchplay, Singles Matchplay dan Singles Winner-Stay-On.

Sumber : worldchasetag.com

Kalau korang berminat nak join boleh je hantarkan permohonan untuk jadi salah seorang atlet World Chase Tag kat www.worldchasetag.com. Bila dah ramai peserta dari Malaysia yang nak join, mungkin World Chase Tag boleh datang singgah kat Malaysia nanti?

Bawah ni Instagram rasmi World Chase Tag untuk korang follow okeh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by World Chase Tag™ (@worldchasetag) on

 

Sementara kita tunggu untuk World Chase Tag ni tiba kat Malaysia. Thelaki nak offer korang chance untuk main-main kat Taman Tema Sunway Lost World of Tambun. Kalau harga biasa korang bayar RM100, tapi kalau beli dekat website SuperDeals ni hanya perlu bayar RM60. 40% jimat tu gais. Jom ajak member-member beli sekali, klik je KAT SINI 

KATALAKI: Korang zaman sekolah dulu terrer panjat pagar mungkin antara calon yang sesuai untuk join sukan ni.

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019