Satu Lagi Live Action Daripada Anime Terkenal Dalam Pembikinan?

Sembang

Nampaknya Netflix still tak serik-serik untuk keluarkan live action daripada Anime terkenal. Sebelum ini, Netflix telah mengeluarkan movie live action Death Note yang mana menerima kritikan yang sangat teruk.

via GIPHY

Dan kali ini pula, Netflix dikatakan akan mengeluarkan siri tv live action yang diadaptasi daripada Anime terkenal iaitu One Piece. Seperti yang dilaporkan oleh salah satu user di Twitter iaitu Nibel, siri live action One Piece telah pun disenaraikan didalam Netflix sebelum ia dikeluarkan semula daripada senarai.

Berdasarkan screenshot yang di tweet oleh Nibel, siri live action ini dikatakan akan dikeluarkan oleh Tomorrow Studio yang mana team yang sama bertanggungjawab akan mengeluarkan live action satu lagi anime terkenal iaitu Cowboy Bebop. Siri live action ini akan menelan belanja sebanyak 9 juta sehingga 10 juta USD!

Aku tak pasti nak rasa macam mana sebab bila tengok live action yang Hollywood pernah keluarkan seperti Death Note dan yang paling tak boleh dilupakan iaitu movie live action Dragonball Evolution. Berdasarkan dua tajuk ini sahaja kita dah boleh nampak yang Hollywood tak mampu untuk hasilkan live action anime yang betul-betul bagus.

via GIPHY

Tapi selepas movie live action anime terbaru yang Hollywood keluarkan baru-baru ini iaitu Alita: Battle Angle, mungkin siri tv One Piece ini akan berjaya. Tapi untuk pastikan peminat tak boikot siri live action ini, Netflix kena pastikan mereka betul-betul mengikut storyline daripada anime asal dan bukannya tukar storyline ikut suka hati dorang sahaja. Kalau dorang betul-betul ikut storyline asal, aku yakin siri live action Netflix One Piece ini mungkin akan berjaya.

via GIPHY

One Piece mengisahkan tentang Monkey D. Luffy, seorang remaja yang mempunyai superpower yang membolehkan tubuh badannya merenggang seperti getah setelah dia secara tidak sengaja memakan Devil Fruit. Luffy bercita-cita untuk mencari satu harta karun terkenal yang dipanggil One Piece yang mana akan menjadikan dia King of the Pirates. Manga ini ditulis dan dilukis oleh Eiichiro Oda dan pertama kali dikeluarkan pada tahun 1997.

KATALAKI: Korang rasa siapa yang akan bawa watak Monkey D. Luffy?

Last modified: 10 March 2019