Satu Malaysia Dah Tahu Kewujudan Aplikasi Cari Sugar Daddy

Sembang

Apa reaksi korang bila dapat tahu mengenai kewujudan aplikasi yang menawarkan servis mencari sugar daddy kat Malaysia? Korang dah lama tahu atau baca artikel ni baru korang tahu? Kewujudan aplikasi sugar daddy kat Malaysia mula kecoh selepas rakyat Malaysia yang prihatin mula perasan ada billboard yang mengiklankan aplikasi yang dikatakan menawarkan servis mencari sugar daddy di Malaysia, dikenali sebagai Sugarbook.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Fahmi Fadzil, papan iklan atau billboard tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), telah pun diturunkan serta-merta.

Billboard dah turun, tapi rasanya sekarang ni boleh dikatakan seluruh penduduk Malaysia dah tahu mengenai kewujudan aplikasi Sugarbook selepas iklan mengenai aplikasi ni viral di media sosial. Terima kasih kepada media sosial, bukan je Sugarbook dapat promosi secara percuma, tapi berita kewujudan aplikasi Sugarbook dah pun sampai dan disalurkan kepada kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas yang tinggal di Malaysia.

Pengasas aplikasi Sugarbook yang dikenali sebagai Darren Chan, berasal dari Malaysia, pernah ditemu bual oleh The Asian Entrepreneur pada tahun 2017, berbincang mengenai aplikasi Sugarbook, aplikasi sugar daddy pertama yang pernah dilancarkan di Malaysia.

Pada bulan Februari 2019, Darren Chan sekali lagi ditemu bual mengenai aplikasi Sugarbook, kali ni ditemu bual oleh Daily Mail Australia.

Image Via : dailymail.co.uk

Benda dah ada, takkan nak tengok je. Kami sendiri cuba untuk tengok macam mana rupa aplikasi Sugarbook ni yang hanya boleh dimuat turun melalui smartphone yang menggunakan sistem operasi Android. Sebelum kami download, ini review yang dihantarkan oleh pengguna yang dah pun menggunakan aplikasi Sugarbook.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Bila dah siap download, ini rupa halaman utama aplikasi Sugarbook yang boleh dimuat turun dan didaftar secara percuma. Jangan risau, kami belum lagi sign up. Tak tahu lagi macam mana rupa sebenar di dalam aplikasi Sugarbook.

Image Via : thelaki.com.my

KATALAKI: Jaga-jaga Cik Salmah, sugar daddy semakin dikehendaki kat Malaysia ni.

Last modified: 18 December 2019