Satu-Satunya Patung Pemain Bola Sepak Yang Tak Berbaju

Aktif, Bola

Baru-baru ni, seorang pemain bola sepak yang mengaku dirinya seekor singa iaitu Zlatan Ibrahimovic dianugerahkan patung gangsa sebesar 266 cm dan berat mencecah 500kg oleh Persatuan Bola Sepak Sweden di perkarangan stadium Malmo, kelab bola sepak pertama Zlatan Ibrahimovic sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

 

View this post on Instagram

 

We are Zweden!!!

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Pada tahun 2016, Zlatan Ibrahimovic dah pernah bagi teaser dah pasal patung yang dianugerahkan oleh Persatuan Bola Sepak Sweden ni.

 

View this post on Instagram

 

When you come to New York you have the Statue of Liberty, when you come to Sweden you have the Statue of Zlatan #comingsoon

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Sebelum ni dah banyak pemain bola sepak ternama yang pernah dianugerahkan patung, tapi belum ada lagi patung pemain bola sepak yang tak berbaju dan hanya berseluar pendek. Zlatan Ibrahimovic je yang berani dan boleh buat patung macam ni. Video kat bawah ni ucapan Zlatan Ibrahimovic semasa kali pertama patung Zlatan Ibrahimovic ditayangkan kepada orang ramai.

Selain daripada Zlatan Ibrahimovic, sebelum ni ada gak pemain bola sepak ternama yang lain pernah dapat patung sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan sumbangan kepada bola sepak negara tertentu. Pada tahun 2017, Cristiano Ronaldo dianugerahkan patung oleh bandar kelahirannya, Madeira dan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira, Portugal.

Pada tahun 2019, legenda bola sepak England, David Beckham dianugerahkan patung oleh LA Galaxy, kali pertama dalam sejarah Major League Soccer (MLS), Amerika Syarikat, seorang pemain bola dianugerahkan patung. David Beckham beraksi bersama LA Galaxy selama 6 musim dan berjaya menang 3 kejuaraan Piala MLS.

Sebelum patung David Beckham ditayangkan secara rasmi kepada orang ramai, David Beckham siap kena prank dengan James Corden. Jarang kita dapat tengok David Beckham marah. Yang tak pernah tengok lagi tu boleh tengok kat bawah ni.

KATALAKI: Mencabar gak untuk orang yang mencipta patung orang ternama ni. Kalau buruk, terus kena maki dengan fans.

Last modified: 14 October 2019