Satu-Satunya Team Liga Malaysia Layak Ke ACL

Aktif, Bola

Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim yang dah confirmed akan bertanding dalam AFC Champions League 2019. Untuk info korang, JDT la satu-satunya team daripada Liga Malaysia yang berjaya mencipta sejarah negara kali pertama layak bertanding dalam AFC Champions League. Power power.

Hanya ada dua pasukan je dari Asia Tenggara yang layak untuk bertanding dalam AFC Champions League 2019, JDT dan Buriram United dari Thailand. JDT dalam group E dan Buriram United dalam group G.

Yang tak berapa faham lagi pasal AFC Champions League, kejohanan ni merupakan kejohanan bola sepak tertinggi untuk kelab-kelab bola sepak negara Asia. Senang cerita, lebih kurang macam UEFA Champions League, tapi versi Asia.

Sumber : AP

JDT akan mulakan perlawanan pertama dalam AFC Champions League pada  5 Mac nanti menentang Kashima Antlers, juara bertahan AFC Champions League 2018 di Jepun. Fans JDT akan awayday ke Jepun la nampaknya.

JDT juga akan bertemu dengan pasukan kaya raya dari China, Shandong Luneng yang ada dua orang player ternama, Graziano Pelle dan Marouane Fellaini pada 9 April nanti.

All the best untuk JDT dalam AFC Champions League 2019. Peminat Selangor ke, Pahang ke, Melaka ke confirmed bagi sokongan untuk kelab bola sepak dari Malaysia pergi jauh dalam kejohanan tertinggi Asia ni. Come on JDT!

KATALAKI: Memang betul la JDT, Luaskan Kuasamu

Last modified: 10 May 2019