Saves Terbaik 4 Penjaga Gol Man U

Aktif, Bola

Perlawanan tumpuan Premier League awal pagi Isnin, 14 Januari antara Tottenham Hotspurs dan Manchester United menyaksikan Red Devils berjaya menang tipis 1-0 ke atas Spurs, terima kasih kepada David De Gea yang memang perform bersungguh-sungguh! Siap dapat man of the match la cerita dia. Ramai juga yang troll bila De Gea berjaya lakukan 11 saves. Saves paling banyak setakat ni untuk Premier League 2018/2019! Korang boleh tengok troll dan lawak hambar kat bawah ni.

Manchester United memang dari dulu lagi terkenal dengan penjaga gol yang mantap untuk jaga gawang gol daripada dirobek oleh pihak lawan. Kali ni kita nak tengok, sejak 28 tahun lepas, penjaga gol terbaik Manchester United yang berjaya lakukan saves yang tak masuk akal!

Peter Schmeichel

Sir Alex Ferguson beli Peter Schmeichel daripada kelab tak ternama di Denmark pada tahun 1991. Masa tu Peter Schmeichel berumur 28 tahun. Sebenarnya agak lambat juga untuk seorang penjaga gol bagi impak yang besar untuk kelab ternama macam Manchester United. Tapi sepanjang beraksi selama 8 tahun dengan Manchester United, Peter Schmeichel berjaya buat 155 clean sheets dalam 339 perlawanan dan pernah menjaringkan kan satu gol. Bukan senang penjaga gol untuk jaringkan gol. Ni antara saves terbaik yang pernah dilakukan oleh Peter Schmeichel masa dekat Manchester United.

Fabien Barthez

Lepas Peter Schmeichel berpindah ke pasukan lain, Sir Alex Ferguson serabut nak cari penjaga gol baru untuk menggantikan kehebatan Peter Schmeichel menjaga gawang gol Manchester United. Selepas FIFA World Cup 1998 dan EURO 2000, Sir Alex Ferguson buat keputusan untuk bawa Fabian Barthez ke Manchester United selepas aksi Fabien Barthez bersama pasukan Perancis yang menakjubkan dalam 2 kejohanan tersebut. Masa FIFA World Cup 1998, Fabien Barthez siap dapat anugerah Best Goalkepeer. Dalam 139 penampilan untuk Manchester United, Fabien Barthez berjayaΒ  lakukan 50 clean sheets. Bawah ni saves terbaik Fabien Barthez bersama Manchester United.

Edwin van der Sar

Edwin van der Sar pindah ke Manchester United daripada Fulham pada tahun 2005, berjaya menjulang 12 piala sepanjang 6 tahun beraksi bersama Red Devils dan akhirnya bersara daripada bola sepak pada tahun 2011. Edwin van der Sar berjaya lakukan 135 clean sheets dalam 266 perlawanan bersama Manchester United. Jom kita tengok detik-detik cemas Edwin van der Sar selamatkan gawang gol Manchester United.

KATALAKI: Korang start sokong Man Utd masa goalkeeper yang mana satu ni?

Last modified: 14 January 2019