Scar Pada Asalnya Seekor Baboon?!

Sembang

Pada minggu ini, pihak Walt Disney Studio telah mempertontonkan first teaser trailer untuk movie The Lion King. Kalau korang tak tengok lagi boleh tengok dekat video kat bawah ini.

Filem live action The Lion King ini merupakan filem adaptasi dari movie animasi yang telah dikeluarkan oleh Disney pada tahun pada tahun 1994. Aku pada masa tu umur baru 3 tahun bro, tapi cerita ni memang legend time tu!

Filem ini memaparkan pelakon-pelakon dan penyanyi terkenal seperti Donald Glover ataupun dikenali sebagai Childish Gambino yang akan membawa watak Simba. Diva terkenal, Beyonce pula akan membawa watak Nala.

Chiwetel Ejiofor yang pernah berlakon dalam movie Doctor Strange pula akan membawa watak villain dalam filem ini iaitu Scar.

Paling legend sudah tentulah watak Mufasa yang akan dilakonkan oleh James Earl Jones, orang yang sama yang voice over Mufasa masa filem animasi The Lion King ini hadir di pawagam pada tahun 1994!

Filem The Lion King ini mengisahkan tentang kelahiran Simba, seekor anak singa kepada raja di Pride Land iaitu Mufasa. Satu kejadian buruk telah berlaku membuatkan Simba telah melarikan diri dan pakciknya Scar telah mengambil alih menjadi raja di Pride Land.

Korang tahu tak yang movie ni pada asalnya tidak dinamakan sebagai The Lion King tapi menggunakan The King of Jungle. Tapi disebabkan dorang tersedar yang Singa tak duduk dalam hutan, so terpaksalah dorang gunakan nama lain dan memilih The Lion King.

Pada story asalnya, pihak Disney nak buat cerita ini berkenanan singa berlawan dengan baboon yang mana watak Scar adalah seekor ketua baboon yang mempunyai askar baboon yang banyak. Nasib baik dorang tak guna idea tu!

Walaupun James Earl Jones merupakan suara asal untuk watak Mufasa, Pada awalnya Disney ingin memilih pelakon Sean Connery tapi akhirnya Disney membuat pilihan yang bijak dengan memilih James sebab suara dia yang paling kena dengan watak dinamik Mufasa bagi aku.

Movie live action The Lion King ini dikatakan akan berada dipawagam pada Summer 2019. Bila tarikh official terpaksalah kita tunggu sama-sama. Mungkin akan akan diberitahu bila trailer yang baru dikeluarkan nanti.

Katalaki: boleh berderai airmata seorang bro bila scene Mufasa meninggal 🙁

Last modified: 26 November 2018