Scream – Filem Seram Kisah Pembunuhan Sebenar

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada tahun 1996, pengarah Wes Craven memberi nafas baru dalam genre filem seram dengan sebuah filem berjudul Scream. Filem yang mengandungi level seram yang berlainan daripada yang lain dan ianya berjaya mengumpulkan kultus filem horror dalam kelas yang tersendiri.

Filem tersebut diarahkan oleh Wes Craven dengan kerjasama penulis script Kevin Williamson dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Neve Campbell, Courteney Cox, David Arquette dan penampilan kecil Drew Barrymore. Scream mendahului carta box office pada tahun itu dengan meraih sebanyak $600 juta dimana ianya juga mencetuskan tiga buah filem dibawah siri Scream – Scream 2 (1997), Scream 3 (2000) dan Scream 4 (2011). Francais filem Scream ini juga meluas hinggakan ianya menjadi sebahagian daripada fenomena pop culture di Hollywood.

Di dalam francais filem Scream yang ramai mengketegorikan sebagai slasher movie oleh kerana cara pembunuhan yang sangat kejam, pengarah Wes Craven memperkenalkan watak pembunuh yang menyeramkan bernama Ghostface, watak Ghostface menjadi sangat popular dikalangan peminat filem horror thriller. Populariti Ghostface juga sangat menyeluruh hingga ianya menjadi salah satu watak kostum yang wajib dipakai ketika musim Halloween.

Tetapi daripada manakah pengarah Wes Craven dan penulis script Kevin Williamson mendapat idea untuk mengeluarkan filem seram seperti Scream? Jawapannya filem ini di inspirasi daripada kejadian kes pembunuhan yang benar-benar berlaku.

PERMULAAN GAINESVILLE RIPPER

Pada bulan Mac 1994, Kevin Williamson sedang merasakan amat terkejut dengan sebuah berita mengenai kes pembunuhan yang mengganas di bandar Gainesville, Florida Amerika Syarikat. Kes pembunuhan tersebut mengorbankan 5 pelajar college yang berlaku dalam masa 3 hari pada bulan Ogos 1990. Kes pembunuhan ini menjadi sangat besar sehinggakan pembunuh tersebut yang dikenali sebagai Danny Rolling atau nama yang mereka menggelarannya sebagai “The Gainesville Ripper”.

Akibat mengalami zaman kanak-kanak yang penuh dengan trauma oleh kerana sering menjadi mangsa pukul oleh bapanya. Apabila membesar dari masa ke semasa, Danny mulai membentuk beberapa personaliti di dalam dirinya, ianya sebagai defence mechanisms untuk menghilangkan rasa kecaman dunia realiti yang dirasai beliau selain cubaan membunuh diri selalunya yang gagal beliau dapat laksanakan.

Apabila didapati bersalah kerana memiliki dadah, Danny Rolling dibuang daripada menyertai tentera udara pada tahun 1972 dimana kemudian beliau tinggal bersama atuknya selain menjumpai waktu yang stabil bekerja di gereja. Beliau berkahwin dengan seorang wanita bernama O’Mather Halko dimana mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Namun, perkahwinan mereka berakhir oleh kerana beliau mula mendera isterinya sama seperti ayahnya memperlakukan keluarganya sewaktu kecil.

Sudah menjadi kebiasaan beliau ketagihan voyeurisme, selepas penceraian, kehidupan beliau menjadi semakin teruk. Danny mula merogol seorang wanita yang menyerupai bekas isterinya selain terlibat dalam beberapa kes rompakan bersenjata. Namun ditangkap dan beliau di penjarakan di Jackson, Georgia, pada tahun 1979. Pada sekitar tahun 80an, Danny Rolling keluar masuk penjara kerana terlibat lagi dan lagi dengan kes rompakan bersenjata. 

5 PELAJAR TERKORBAN

Bermula pada tahun 1990 dimana Danny Rolling memasang khemah di belakang University of Florida. Danny Rolling memulakan cubaan pembunuhannya disaat pelajar memulakan semester baharu ketika itu. Pada 24 Ogos, Danny memecah masuk di kediaman milik Christina Powell dan Sonja Larson dimana beliau menikam dan merogol kedua-dua gadis tersebut. Keesokkan hari, beliau membunuh seorang lagi gadis yang merupakan pelajar Santa Fe Community College, Christa Hoyt. Namun kali ini, kepala mangsa dipisahkan daripada badan dan Danny meninggalkan kepala tersebut di atas rak menghadap badan di atas katil.

Pada 27 Ogos, Danny muncul sekali lagi di rumah dua pelajar University of Florida, Tracy Paules dan Manuel Toboada. Ketika waktu kejadian, mereka bertiga bergelut dan berlawan untuk cubaan menyelamatkan diri sebelum Tracy dan Manuel terkorban. Kali ini tiada tubuh yang dipotong mahupun dikerat. Apabila keadaan menjadi semakin panas dan Danny Rolling tinggalkan bandar tersebut.

Selepas dua tahun, pihak berkuasa berjaya menjejak Danny Rolling dan kaitan beliau dengan kes pembunuhan kejam di Gainesville. Dengan menghadapi beberapa life sentences dengan pelbagai kes rompakan bersenjata. Danny Rolling secara rasmi didakwa dengan pembunuhan lima pelajar di bandar Gainesville pada bulan Jun 1992. Seorang pakar psikiatri memberitahu Danny Rolling mempunyai personaliti alternatif yang dinamakan sebagai “Gemini”, personaliti tersebut yang mempengaruhi Danny untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap lima pelajar di bandar Gainesville. Pihak juri dengan sebulat suara mendapati Rolling bersalah atas kes pembunuhan first-degree terhadap lima pelajar bandar Gainesville pada akhir bulan Mac. Sebulan kemudian, Danny dijatuhkan hukuman mati.

KATALAKI: Memang scary lah cara dia bunuh student-student yang tak bersalah…

Last modified: 11 March 2020