Sebelum Hidupkan Enjin Kereta, Pastikan Korang Buat Benda Ni Dulu

Life x Tips, Sembang

Memandu kereta sebenarnya boleh jadi salah satu benda paling bahaya yang dilakukan oleh manusia kalau tak digunakan secara selamat. Bayangkan kalau tengah memandu dengan kelajuan 90km/j, tiba-tiba tayar meletup, brek tak berfungsi atau pun steering tercabut?! Yang pernah mengalami situasi macam ni sebelum ni mungkin dah tahu la macam mana perasaan cemas mula menyelubungi diri bila kemalangan besar atau kecil boleh terjadi bila-bila masa kalau kereta buat hal.

Jadi, cara terbaik untuk kita elakkan diri daripada terlibat dalam sebarang kemalangan yang mungkin boleh berlaku semasa memandu bermula sebelum kita kali pertama hidupkan enjin kereta setiap hari. Tak kisah la sama ada korang nak pergi kerja, kuliah, jalan-jalan atau sebagainya, pastikan korang buat benda ni dulu sebelum hidupkan enjin kereta.

INTAI BAWAH 

Intai sikit bawah kereta untuk tengok kalau ada apa-apa kebocoran yang korang tak perasan. Macam mana nak tahu ada bocor ke tak? Kalau korang parking kereta di kawasan bertanah rata, lantai atau permukaan jalan bawah kereta korang mesti kering walaupun hari hujan. Tengok kat bahagian lantai atau permukaan jalan tu, ada kesan basah atau tak. Kalau ada, maknanya mungkin ada kebocoran yang berlaku kat kereta korang. Sama ada kebocoran minyak steering, minyak brek ataupun air daripada radiator.

Image Via : carfromjapan.com

Kadang-kadang, bila korang intai tu susah nak nampak. Boleh je korang double check lepas korang hidupkan enjin. Alihkan sikit kereta, lepas tu tengok kat kawasan korang parking kereta tadi. Ada tak nampak kesan air atau minyak. Kalau takde, korang selamat untuk memulakan perjalanan.

PUSING KERETA 

Jangan korang pergi buat donut lak bila kami cakap pusing kereta.

Sebelum nak masuk dalam kereta untuk hidupkan enjin, korang pusing dulu keliling kereta. Tengok kat bahagian tayar, check tayar dah botak ke, ada bengkak ke, ada paku ke atau takde angin ke. Kalau angin dah kurang tu cepat-cepat pergi isi. Jangan bertangguh. Tayar yang kurang atau terlebih angin boleh memendekkan jangka hayat tayar korang tu.

Image Via : startrescue.co.uk

Lepas check tayar, tengok gak bahagian lain kat kereta tu. Ada calar yang korang tak perasan ke, kucing tidur kat bahagian dalam tayar ke atau apa-apa je kemungkinan yang boleh berlaku.

KOTORKAN TANGAN

Jangan takut untuk kotorkan tangan korang demi keselamatan di jalan raya. Seminggu atau dua minggu sekali, check minyak hitam atau minyak enjin kereta korang sama ada masih di paras mencukupi atau pun tak. Dah settle minyak hitam, check sekali minyak brek dan juga air coolant.

Bateri kereta pun penting gak untuk korang check. Kalau tiba-tiba kereta tak boleh start sebab bateri dah kong, dah menyusahkan korang kemudian hari. Kebiasaannya, jangka hayat bateri kereta boleh bertahan selama 2 atau 3 tahun, bergantung kepada kekerapan korang gunakan kereta. Untuk memudahkan korang ingat sejak bila korang guna bateri tu, suruh mechanic letak tarikh kat bateri bila korang tukar bateri baru.

KATALAKI: Bila kereta dah selamat, cara korang memandu pun kena selamat gak. Paling penting, jangan memandu ikut emosi.

Last modified: 12 November 2019