Sebelum Layan Final Piala Malaysia 2019, Korang Tahu Tak Sebenarnya…

Aktif, Bola

Bermula daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2019 pada 2 Ogos 2019 hari tu, 16 pasukan dah pun menempuh perlawanan yang penuh berliku dan akhirnya, hanya 2 pasukan yang layak beraksi di perlawanan akhir untuk merebut gelaran juara Piala Malaysia 2019.

Nampaknya, sejak tahun 2015 sampai 2019, takde lagi pasukan yang boleh menang Piala Malaysia dua musim berturut-turut. Pahang merupakan pasukan terakhir yang pernah menang dua musim berturut-berturut, pada tahun 2013 dan 2014.

Juara Piala Malaysia 2018, Perak dah tersungkur awal di peringkat suku akhir, tewas kepada Selangor menerusi gol agregat 2-3.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 kali ni, kita bakal saksikan pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah menentang pasukan gergasi dari selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim pada 2 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kedah sebelum ni dah pernah menang Piala Malaysia sebanyak 5 kali pada tahun 1990, 1993, 2007, 2008 dan 2016. JDT pula merupakan juara Piala Malaysia pada tahun 2017, menewaskan Kedah di peringkat akhir dengan jaringan 2-0. Maknanya,Β perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 kali ni merupakan pertemuan kali kedua antara Kedah dan JDT di perlawanan akhir Piala Malaysia. Boleh ke Kedah balas dendam? Atau JDT mampu untuk buat Kedah terdiam sekali lagi?

Image Via : twitter.com/MFL_MY

Saingan untuk senarai penjaring terbanyak Piala Malaysia 2019 pun sengit antara pasukan Kedah dan JDT, Fernando Rodriguez dengan 8 gol dan Safawi Rasid dengan 10 gol. Safawi Rasid merupakan satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai dalam senarai 5 penjaring terbanyak Piala Malaysia 2019.

Setakat ni, JDT masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Piala Malaysia 2019 sehingga ke peringkat akhir. Kedah pula pernah kalah sekali di perlawanan peringkat kumpulan. Kalau yang dah bercadang nak turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil, ni benda penting yang korang kena tahu.

KATALAKI: Buat penyokong Selangor, tolong jauhkan diri dari kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 November 2019. Takut menitik air mata.

Last modified: 4 November 2019