Sebelum Ni Anak Patung, Sekarang Ni Chucky Siap Ada Wifi

Sembang

Disebabkan Chucky ni la ramai yang takut dengan anak patung. Tak kisah la lelaki ke perempuan ke. Memang scary gila Chucky ni kat dalam filem. Baru-baru ni dah keluar trailer filem terbaru Child’s Play yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun 2019 nanti.

Filem terbaru Child’s Play ni bukan sequel untuk mana-mana filem Child’s Play sebelum ni, tapi filem ni ialah filem reboot, maknanya dorang remake balik filem asal yang keluar pada tahun 1988, buat jalan cerita yang baru.

Tujuh filem Child’s Play sebelum ni kita boleh nampak Chucky ni anak patung yang telah disumpah dan ada roh jahat yang duduk kat dalam anak patung ni. Untuk filem terbaru Child’s Play, Chucky bukan lagi anak patung biasa yang boleh dibeli kat pasaraya biasa. Chucky yang terbaru ni lebih canggih dan bukan lagi anak patung, tapi robot. Dalam trailer siap ada tunjuk Chucky boleh scan muka budak kecik.

Ada gossip liar yang kata, Chucky dalam filem Child’s Play terbaru ni tak guna nama Chucky tapi guna nama baru, Buddi. Atau mungkin juga Chucky dan Buddi memang ada dalam filem ni sebagai kawan. Dalam trailer ni pun takde tunjuk sangat macam mana rupa terbaru Chucky atau Buddi. Tapi ada tunjuk baju Buddi.

Yang pastinya, watak girlfriend Chucky dalam siri filem Child’s Play sebelum ni, Tiffany Valentine memang takde dalam filem terbaru ni selepas pelakon yang menyumbangkan suara untuk Tiffany, Jennifer Tilly ada tweet yang dorang tak terlibat dalam filem terbaru Child’s Play.

Nah untuk korang yang tak tengok lagi trailer filem terbaru Child’s Play, boleh usha jap kat bawah ni.

 

Nak tau lelaki tu lembut tak lembut, tengok kalau lelaki boleh tahan tak tengok ke-horror-an filem Chucky ni. Citer pasal lelaki lembut ni, jom dengar celoteh topik “Lelaki Lembut” dalam episod terbaharu “Laki Buka Pekung” kat SINI.

KATALAKI: Kalau dapat hadiah anak patung Chucky korang berani simpan tak agak-agak?

Last modified: 12 February 2019