Sejarah Dan Info Tentang VR Yang Korang Perlu Tahu!

Sembang

Aku rasa ramai yang dah tahu apa itu Virtual Reality (VR), betul tak? Tak apa kalau korang tak tahu jangan risau sebab hari in akui akan share beberapa info tentang Virtual Reality yang korang perlu tahu. Virtual Reality merupakan satu teknologi yang mana membolehkan korang berada dalam satu reality yang telah dihasilkan oleh sebuah komputer.

Dalam Virtual Reality, korang boleh interact dengan 3D world apabila korang menggunakan headset dan gadget yang telah disediakan. Bila korang menggunakan headset yang disediakan, korang akan melihat satu image yang mana sebenarnya telah split diantara dua lensa dan kemudian dicantumkan bagi membolehkan effect 3D itu wujud.

Virtual Reality ini akan membuatkan seperti korang betul-betul berada dalam simulasi yang telah ditunjukan. Bila korang pusing kepala korang, korang akan nampak benda-benda disekeliling korang. Sebab itu teknologi ini sangat bagus tidak kiralah dari segi pendidikan ataupun untuk digunakan dalam kajian.

Kalau korang nak tahu, teknologi Virtual Reality ini sebenarnya telah wujud lama dah. Mungkin ada orang akan cakap headset VR pertama yang telah dicipta adalah Oculus Rift tapi sebenarnya info itu adalah salah. Headset VR yang pertama telah dicipta adalah pada tahun 1960 yang mana digelarkan sebagai Headsight.

Teknologi ini pada mulanya telah digunakan oleh pelbagai orang. Antaranya adalah untuk mengajar dan melatih juruterbang dan juga membantu architect untuk mempersembahkan idea binaannya kepada orang ramai dengan lebih mudah.

Tapi kalau korang tengok sekarang, Virtual Reality lebih fokus kepada dunia gaming. Sebab itu kita boleh lihat pelbagai gamegame yang mempunyai ciri Virtual Reality mula diperkenalkan kepada orang ramai. Di eventevent gaming sekarang pun korang boleh nampak mesti akan ada booth untuk korang try gamegame yang mempunyai ciri Virtual Reality.

Sekarang ini terdapat banyak Virtual Reality Headset yang telah dijual dipasaran. Antaranya adalah Oculus Rift, HTC Vive, Playstation VR, Samsung Gear VR dan juga Google Daydream View. Ada beberapa VR memerlukan controller supaya korang boleh interact dengan virtual reality feed namun ada juga yang boleh dikawal dengan hanya pergerakan mata pengguna.

Korang mesti pernah dengar tentang Augmented Reality jugakan? Korang jangan keliru sebab Virtual Reality dan Augmented Reality adalah dua benda yang berbeza. Augmented Reality membenarkan korang superimpose image yang telah dihasilkan oleh computer dan boleh dilihat walaupun korang tidak menggunakan headset.

Contoh paling mudah adalah permainan video Pokemon Go. Bila korang on feature Augmented Reality dalam permainan video ini, korang akan nampak Pokemon yang korang cuba tangkap tadi akan overlap dengan feed daripada camera korang. Senang cerita, Virtual Reality korang perlu gunakan headset yang dikhaskan dan untuk Augmented Reality pula tak perlu.

KATALAKI: Korang dah pernah tengok movie Ready Player One? kan best kalau kita boleh pergi virtual reality macam dalam movie tu hahaha!

Last modified: 31 August 2019