Sejarah Disebalik Panggung Wayang Drive-in

Sembang, ZAP, ZeKool

Drive-in theater atau ada yang menyebutnya sebagai drive-in cinema adalah sejenis bentuk panggung wayang yang terdiri daripada skrin outdoor yang berskala besar dengan dikuasakan oleh projector booth, tempat konsesi dan kawasan parkir yang berskala besar untuk meletakkan kenderaan-kenderaan para penonton. Di kawasan yang berhampiran, para pelanggan dapat menonton filem yang ditayangan menerusi privasi dan keselesaan kereta mereka sendiri. Terdapat juga beberapa drive-in cinemas yang menyediakan playground untuk kanak-kanak bermain serta meja piknik atau bangku.

Skrin untuk memaparkan filem-filem terbaharu yang ditayangkan selalunya adalah berasaskan dinding putih atau ianya juga diperbuat daripada struktur besi dengan kemasan dan bentuk yang lebih kompleks untuk memberikan tatapan yang lebih memuaskan buat para penonton drive-in. Pada asalnya bunyi atau sound untuk filem yang dimainkan adalah menerusi speakers yang terdapat pada skrin namun lama-kelamaan ianya berubah kepada speaker kecil yang digantung pada tingkap setiap kereta. Dan seterusnya sistem untuk menyiarkan bunyi atau sound filem yang ditonton diubah kepada kaedah yang lebih praktikal mengunakan sistem yang dikenali sebagai microbroadcasting atau penyiaran mikro. Sistem ini membuat bunyi daripada filem yang ditonton disiarkan kepada penonton melalui sistem stereo speaker kereta yang mana dapat memberikan kualiti bunyi yang lebih memuaskan berbanding sistem lama.

FILEM PERTAMA TAYANGAN DRIVE-IN CINEMA

Dalam sejarah industri perfileman, ianya telah tercatit bahawa filem pertama yang ditayangkan untuk penonton mengunakan konsep panggung wayang yang ditonton didalam kenderaan jenis automobil atau kereta adalah filem berjudul “Bags of Gold” yang diterbitkan oleh Siegmund Lubin, ianya ditayangkan di di Theatre de Guadalupe, Las Cruces, New Mexico.

Lokasi tersebut merupakan auditorium panggung wayang dengan konsep separa drive-in yang membenarkan para penonton menonton wayang daripada kedudukan tempat duduk kereta mereka. Theatre de Guadalupe di buka pada 23 April tahun 1915. Sebanyak tujuh ratus orang yang dapat ditempatkan secara selesa di auditorium tersebut dengan tempat letak kereta yang mampu memuatkan lebih 40 kereta untuk menyaksikan filem yang ditayangkan.

HAK PATEN PERTAMA DRIVE-IN

Walaupun boleh dikatakan sebenarnya idea konsep menonton wayang dari keselesaan tempat duduk kereta sendiri ini telah lama dimulakan sejak dari zaman 1910an lagi, namun tiada siapa yang patenkan konsep idea tersebut.

Pada tahun 1933, seorang usahawan bernama Richard Hollingshead dari New Jersey, Amerika Syarikat telah ambil peluang untuk patenkan idea drive-in cinema dan pada tarikh 6 Jun tahun 1933, panggung wayang pandu-masuk pertama milik Richard telah beroperasi. Bagi Richard, konsep drive-in cinema adalah solusi buatnya apabila ibunya sendiri tidak dapat menonton wayang oleh kerana kerusi tempat duduk didalam panggung wayang sangat kecil dan tidak selesa untuk mereka yang bersaiz besar, jadi Richard menyediakan konsep drive-in cinema ini untuk memberikan keselesaan bagi mereka yang ingin menonton filem. Bagi Richard, ianya adalah sebuah konsep yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menonton filem dengan seisi keluarga.

Disebabkan ibunya sendiri tidak dapat pergi menonton wayang disebabkan ruang kerusi yang disediakan tidak muat, ianya mencetuskan idea untuk Richard menjadikan konsep drive-in sebagai sebuah business. Filem pertama yang ditayangkan di drive-in cinema milik Richard adalah filem komedi berjudul “Wives Beware” dengan harga tiket serendah $0.25.

Tidak lama kemudian, konsep drive-in cinema yang dibawakan oleh Richard telah pun mendapat perhatian ramai dan lebih banyak lagi lokasi drive-in yang dibuka di setiap negeri. Konsep ini juga berterusan sehingga zaman 50-60an dimana generasi “baby boomers” semakin berkembang. Terdapat lebih 4,000 drive-in cinema ­yang dibuka diseluruh Amerika Syarikat, dan kebanyakannya berada di lokasi kawasan luar bandar.

Perusahan drive-in cinema ini juga turut pernah merasai kesukaran dan cabaran ekonomi pada tahun 70an, zaman itu ramai rakyat memilih untuk downsized kenderaan motokar mereka kerana kos harga minyak yang tinggi menyebabkan ramai yang tidak selesa untuk menonton filem di drive-in. Bagi mengantikan pendapatan yang hilang ketika zaman ekonomi yang teruk melanda Amerika Syarikat, syarikat drive-in cinema ­cuba menayangkan filem-filem bergenre horror dan juga filem-filem dewasa yang mana menjadi salah satu punca kehilangan suasana family-friendly daripada konsep drive-in cinema ini berlaku.

DRIVE-IN BACK IN BUSINESS!

Untuk zaman kita sekarang ni menurut United Drive-in Theatre Owners Association, terdapat sebanyak 305 panggung wayang drive-in yang masih lagi beroperasi. Dan sejak berlakunya pandemik Covid-19, business drive-in semakin berkembang kembali, ini juga disebabkan konsep drive-in dapat memberikan penonton rasa selamat dan dapat praktikkan social distancing dalam ruang keselesaan tersendiri sambil menonton filem-filem kegemaran mereka.

Antara salah satu sebab kenapa menonton wayang dengan konsep drive-in ini semakin popular dan berkembang adalah disebabkan kita dapat freedom sambil menonton filem yang kita inginkan. Nak makan apa saja atau nak kuatkan volume filem tu sekali pun, semuanya boleh sebab kita dalam ruangan kita sendiri sebab kebanyakkan drive-in sekarang menyiarkan sound filem menerusi transmisi FM radio didalam kereta. Semuanya dalam space kita sendiri.

Di Thailand juga, terdapat drive-in cinema yang baru saja dibuka, antaranya tarikkan drive-in cinema di Thailand adalah mereka menyediakan cooling system untuk setiap kereta untuk mengatasi tropical heat dan rasa stuffy didalam kereta. Walaupun panggung wayang di Thailand sudah beroperasi kembali setelah negara tersebut berjaya menangani penularan wabak Covid-19, namun kebanyakkan rakyat Thailand masih memilih untuk elakkan daripada penonton filem di panggung wayang dan ambil peluang untuk try konsep drive-in cinema. 

DRIVE-IN CINEMA PERTAMA MALAYSIA!

Di Malaysia juga tidak lama lagi kita bakal merasakan sendiri konsep panggung wayang secara pandu-masuk ini, namun tertakluk juga pada SOP yang harus dipatuhi oleh setiap penonton bagi mengekalkan konsep social distancing berterusan dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Dalam sebuah sidang media khas, Menteri Kanan Keselematan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan dan memberikan greenlight untuk pawagam secara pandu-masuk ini beroperasi tertakluk pada terma dan SOP yang diberikan.

Kita juga dikatakan bakal menyaksikan beberapa operator drive-in cinema yang tidak sabar untuk beroperasi dan menganjurkan acara mereka dengan cara tersendiri. Antaranya drive-in cinema atau panggung wayang pandu-masuk pertama di Malaysia ini dibawakan oleh M-Junction 2020 bakal beroperasi dan dijadualkan pada 15 July 2020, dianjurkan oleh @mdeventsasia and TwoSpicy Entertainment Live.

Nak bagi kelainan sikit kali ni bila korang pergi dating, boleh la try bawak awek pergi drive-in cinema. Book tiket siap-siap di http://www.mjunction.my sebelum dia soldout!

KATALAKI: Nanti bila dah ada drive-in cinema ni jangan la ada sesiapa yang “buat hal” pulak. Faham faham je lah hehe…

Last modified: 12 July 2020