Sejarah Permainan Video Animal Crossing

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Dibangunkan dan dipasarkan oleh Nintendo, siri permainan video Animal Crossing yang terbaru, Animal Crossing: New Horizons mencipta kejayaan selepas terjual lebih daripada 5 juta cetakan digital untuk bulan yang pertama sejak mula dipasarkan pada 20 Mac 2020. Kejayaan Animal Crossing: New Horizons juga dibantu dengan keadaan dunia yang tengah berperang dengan wabak COVID-19, menyebabkan ramai manusia perlu kekal berada di dalam rumah dan tumpuan sepenuhnya kepada Animal Crossing: New Horizons. Bukan game je yang laku macam pisang goreng panas, stok penjualan Nintendo Switch dipasaran pun jadi terhad sampai harga berlipat ganda.

Dikatakan mampu memberi ketenangan kepada pemain ketika berada di dalam rumah, Animal Crossing: New Horizons membolehkan pemain untuk mengawal sebuah karakter yang boleh diubah suai, bebas bergerak di sebuah pulau yang dibantu oleh Tom Nook dan boleh melakukan beberapa aktiviti yang menguji kreativiti pemain antaranya menangkap ikan, membuat dekorasi dan mengutip buah, mengikut waktu di dunia sebenar.

Animal Crossing: New Horizons merupakan siri utama permainan video Animal Crossing yang ke-5 daripada Nintendo sejak siri yang pertama bertajuk Animal Crossing mula dipasarkan pada tahun 2001, dicipta oleh Katsuya Eguchi yang berasal dari Jepun. Katsuya Eguchi juga pernah terlibat dalam pembikinan permainan video Super Mario.

Dah hampir 20 tahun Animal Crossing mewarnai industri permainan video, ada beberapa watak di dalam permainan yang masih lagi kekal dan tampil dalam Animal Crossing: New Horizons yang terbaharu iaitu Tom Nook, sebuah karakter yang bertanggungjawab meminjamkan sebuah rumah kepada pemain, perlu dibayar balik tanpa sebarang kos interest.

Selain daripada Tom Nook, Mr. Resetti juga merupakan karakter abadi yang ada di dalam permainan video Animal Crossing, bermula sebagai sebuah karakter yang menyelamatkan pemain daripada keluar daripada permainan tanpa save, kini Mr. Resetti bertugas sebagai pengendali Rescue Service dalam Animal Crossing: New Horizons. Kena bagi tugas lain sebab dah wujud kecanggihan autosave.

Setiap siri utama Animal Crossing menerima review yang berunsur pujian daripada pengkritik permainan video menerusi Animal Crossing (2001), Animal Crossing: Wild World (2005), Animal Crossing: City Folk (2008), Animal Crossing: New Leaf (2012), dan yang terkini, Animal Crossing: New Horizons (2020).

Pada tahun 2006, sebuah filem berdasarkan siri permainan video Animal Crossing bertajuk Dōbutsu no Mori pernah ditayangkan di Jepun, menceritakan tentang kanak-kanak perempuan yang berpindah ke sebuah kampung, dipenuhi dengan haiwan, terjumpa sebuah kapal angkasa lepas. Sama macam game, filem Animal Crossing juga mendapat respons yang melampau.

KATALAKI: Jangan mengharap Animal Crossing boleh dimainkan kat PS4 atau PC.

Last modified: 29 April 2020