Sejarah Samurai: Satu-satu Yang Berasal Dari Africa!

Sembang

The Sengoku Jidai, zaman dimana Jepun mengalami konflik dalaman. Zaman ini memperlihatkan tentang keindahan istana-istana yang besar, Peperangan yang berpanjangan dan Samurai yang terkenal dengan kepakaran dorang menggunakan Katana.

via GIPHY

Tapi tahukah korang yang dalam ramai-ramai Samurai yang hebat dan terkenal ini, salah seorang daripada dorang bukan dari Jepun tapi berasal dari East Africa dan berkulit gelap? Hari ini aku akan share dengan korang cerita tentang Yasuke, Orang pertama yang bukan berasal dari Jepun yang menjadi Samurai yang terkenal.

Ia bermula bila paderi-paderi Kristian dari Europe datang ke Jepun untuk menyebarkan ajaran Kristian. Kumpulan paderi yang dikenali sebagai The Catholic Society of Jesus ataupun Jesuits mula menyebarkan ajaran mereka di selatan Jepun. Diketuai oleh Father Xavier, kumpulan ini berjaya untuk convert beberapa Daimyo Lord dan lebih 200,000 orang kepada agama Kristian yang kebanyakannya dari daerah Kyushu.

Dikatakan melalui kumpulan inilah, seorang hamba abdi dari Africa berjaya datang ke Jepun dan menjadi seorang Samurai yang digeruni. Namun tidak banyak info yang aku dapat tentang Yasuke seperti asal-usul dia, kehidupan awal dan juga nama sebenar dia.

Apa yang aku tahu daripada sejarah adalah nama yang orang Jepun berikan pada dia iaitu Yasuke. So story yang aku nak share hari ini adalah gabungan-gabungan info yang aku dapat bila search tentang Yasuke. Ada yang kata dia dilahirkan pada tahun 1555 di Mozambique yang pada masa itu sedang dijajah oleh orang Portuguese. Pertama kali dia jejak kaki di tanah Jepun adalah pada tahun 1579.

via GIPHY

Alessandro Valignano, Paderi yang bertanggungjawab untuk menyebarkan ajaran Kristian di Kyoto. Dia telah membawa seorang pemuda dari Africa yang sangat tinggi dan berbadan besar. Ini membuatkan orang-orang tempatan berasa pelik melihat orang Africa ini kerana ini adalah pertama kali dorang tengok orang yang mempunyai fizikal seperti itu.

Kyoto pada masa itu berada dibawah jajahan Oda Nobunaga. Setelah kecoh tentang kehadiran orang berkulit hitam dan mempunyai tubuh badan yang besar didaerahnya, Lord Nobunaga telah memerintah lelaki tersebut untuk mengadapnya di istana.

via GIPHY

Kali pertama Lord Nobunaga melihat lelaki tersebut, dia sangat terkejut dan tidak percaya manusia sepertinya wujud. Pada mulanya dia beranggapan lelaki tersebut adalah orang Portuguese yang mewarnakan tubuh badannya dengan cat hitam. Dia telah memerintah hamba-hambanya untuk mencuci badan lelaki tersebut namun kulit lelaki tersebut tetap hitam.

Dikatakan Lord Nobunaga yang telah memberikan nama Yasuke kepada lelaki tersebut. Pada tahun 1581, Lord Nobunaga telah meminta Yasuke untuk join tenteranya dan di angkat sebagai seorang Samurai. Yasuke mendapat semua privileges yang diberikan kepada semua Samurai seperti sebidang tanah dan rumah, Pakaian tradisional Jepun dan Short Katana.

via GIPHY

Dia kemudiannya telah dilatih seni bina diri Bushido dan cara berlawan seperti seorang Samurai. Yasuke telah menjadi salah seorang Samurai yang digemari oleh Lord Nobunaga dan dikatakan dia adalah antara Samurai yang diberi peluang untuk makan bersama-sama Lord Nobunaga.

Dia kemudiannya mengikuti Lord Nobunaga untuk menjajah semua daerah di Jepun. Dia juga dikatakan ada semasa perang Tenmokuzan untuk menjajah Takeda Clan. Ini merupakan kali pertama pahlawan-pahlawan dari Jepun melihat orang seperti Yasuke. Kekuatan dan ketangkasan Yasuke boleh dikatakan sangat digeruni masa itu.

Setelah puas menjajah daerah-daerah di Jepun, Lord Nobunaga telah mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1582. Dia telah bersara secara senyap di sebuah kuil Buddhist di HonnoJi. Disana Lord Nobunaga hanya ditemani oleh pelukis, penjual, penyair dan hamba-hambanya. Dia boleh dikatakan tidak mempunyai apa-apa perlindungan langsung dan mudah untuk diserang hendap oleh pihak musuh.

via GIPHY

Hanya Yasuke sahaja yang cukup kuat yang berada bersama-sama Lord Nobunaga. Walaupun tiada satu musuh pun tahu tempat persembunyiannya, salah seorang general yang dipercayai oleh Lord Nobunaga telah belot kepadanya.

Akechi Mitsuhide telah mengambil keputusan untuk belot dan melancarkan serang hendap kepada Lord Nobunaga. Mitsuhide telah menyerang kuil tersebut dengan askar yang sangat ramai. Yasuke dan beberapa hamba-hamba lain telah cuba untuk mematahkan serangan Mitsuhide namun tidak berjaya.

Lord Nobunaga kemudiannya telah melakukan Seppuku, satu tindakan membunuh diri secara terhormat sebelum Mitsuhide dapat menangkapnya. Yasuke berjaya melarikan diri ke istana Nijo, tempat dimana anak Lord Nobunaga, Oda Nobutada memerintah.

Sejurus sampai sahaja disana, Askar-Askar Mitsuhide telah pun mula melancarkan serangan terhadap istana anak Lord Nobunaga. Yasuke kini cuba sedaya upaya untuk protect anak Lord Nobunaga pula setelah dia gagal menyelamatkan nyawa tuannya.

via GIPHY

Namun disebabkan serangan yang mengejut dan askar lawan yang terlalu ramai, Oda Nobutada telah ditangkap dan dipaksa untuk melakukan Seppuku. Yasuke juga telah ditangkap tapi disebabkan dia bukan orang asal Jepun, Mitsuhide telah menghantar Yasuke kembali kepada Paderi Kristian di Kyoto.

Setelah bertahun berkhidmat sebagai seorang Samurai, Yasuke telah kembali menjadi hamba kepada paderi-paderi Portuguese tersebut. Tidak dapat dipastikan samada Yasuke terus mengikut paderi tersebut ke negara lain ataupun tinggal di Kyoto sehingga dia mati.

via GIPHY

Berdasarkan kisah Yasuke, banyak media yang menjadikan dia sebagai sumber inspirasi. Contohnya seperti Anime Afro Samurai dan permainan video Nioh. Walaupun tidak banyak info samada Yasuke memang wujud ataupun tidak tapi kisah Yasuke boleh dikatakan semua orang Jepun tahu.

KATALAKI: Patutlah banyak tengok nama Samurai Yasuke dalam anime dan video games.

Last modified: 10 May 2019