Sejarah Sebenar Presiden Amerika Syarikat

Sembang, ZAP, ZeKool

Sama ada menerusi filem, drama bersiri, atau berita, kita dah dididik sejak dari awal mengenai kuasa paling besar di dunia, dipegang oleh presiden Amerika Syarikat. Sejak George Washington dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat yang pertama pada tahun 1789, Amerika Syarikat pernah dipimpin oleh 45 orang presiden, termasuk yang terkini, Donald Trump sejak tahun 2017.

Sejak tahun 1947, undang-undang Amerika Syarikat menetapkan setiap individu yang tercalon sebagai presiden Amerika Syarikat hanya dibenarkan berkhidmat paling lama selama 2 penggal, iaitu 4 tahun setiap penggal. Franklin D. Roosevelt merupakan presiden Amerika Syarikat yang paling lama berkhidmat, hampir selama 5 penggal sejak tahun 1993 sehingga meninggal dunia pada tahun 1945, sebelum undang-undang melibatkan presiden Amerika Syarikat dipinda pada tahun 1947.

Antara syarat-syarat utama untuk seseorang individu tersebut dicalonkan sebagai presiden Amerika Syarikat adalah mempunyai asal usul kerakyatan Amerika Syarikat, berumur 35 tahun ke atas dan tinggal di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya selama 14 tahun.

Disebabkan Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 40 bekas presiden, kita yang bukan rakyat Amerika Syarikat dah tentu sekali tak boleh nak ingat nama setiap seorang presiden Amerika Syarikat. Persoalannya sekarang, siapa presiden Amerika Syarikat yang terbaik daripada pandangan korang?

Antara presiden Amerika Syarikat yang popular di seluruh dunia dan diangkat sebagai salah seorang presiden Amerika Syarikat yang terbaik termasuk lah Abraham Lincoln yang menamatkan sistem hamba abdi di Amerika Syarikat, George Washington yang menjadi orang kuat dalam kemenangan berperang dengan askar British dan menentukan hala tuju kuasa dan jawatan presiden Amerika Syarikat memandangkan George Washington merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama dan Theodore Roosevelt, presiden Amerika Syarikat paling muda dalam sejarah, dilantik ketika berumur 42 tahun, 322 hari.

Kuasa dan tanggungjawab yang dipegang oleh presiden Amerika Syarikat bukan hanya disanjung oleh penyokong, tapi juga menerima tekanan daripada pihak yang tidak berpuas hati sehingga menyebabkan kematian. Setakat ni, seramai 4 orang presiden Amerika Syarikat pernah dibunuh semasa berkhidmat antaranya Abraham Lincoln pada tahun 1865, James A. Garfield pada tahun 1881, William McKinley pada tahun 1901 dan yang terakhir, John F. Kennedy, ditembak semasa perarakan di tengah-tengah orang ramai pada tahun 1963.

KATALAKI: Pemilihan presiden Amerika Syarikat untuk penggal yang baru sepatutnya berlangsung pada hujung tahun 2020. Donald Trump mampu kekal bertahan atau tak?

Last modified: 7 May 2020