Sejarah Songkok Melayu, Yang Korang Wajib Tahu

Sembang, ZAP, ZeKool

Ada yang memakainya pada hari perayaan mahupun ada yang memakainya setiap hari jumaat untuk dibawa ke masjid ataupun surau. Meskipun terdapat pelbagai jenis size ukuran dan jenis-jenisnya mengikut negeri masing-masing. Harini kita nak bercerita tentang sejarah Songkok yang sememangnya antara headgear atau headpiece yang menjadi antara elemen budaya bangsa kita.

Sudah menjadi antara budaya peradaban buat semua manusia di serata dunia untuk setiap kaum menutup sebahagian daripada kepala yang menjadi simbol mahkota untuk kita menjaganya dengan baik.

Sebagai contoh kalau di negara Arab, mereka mengenakan Serban atau kopiah untuk menutupi dan menjaga bahagian kepala. Kalau di barat pula, menutup kepada sudah menjadi kebiasaan sebagai tanda kehormatan kepada seseorang.

Di negara kita, songkok dipopularkan oleh masyarakat Melayu ianya merupakan sejenis topi tradisional. Ianya jgua merupakan pelengkap kepada baju melayu yang dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Songkok juga adalah sebuah headdress yang popular di kalangan masyarakat Indonesia, Singapura dan Selatan Thailand.

ORIGIN SONGKOK

Walaupun terdapat beberapa andaian mengenai asal usul songkok. Terdapat beberapa pendapat dari mana asal Songkok, antaranya ianya dikatakan berasal daripada India dan Pakistan.

Menurut kajian, Songkok dikatakan asalnya daripada rekabentuk topi Tarboosh yang pakai oleh masyarakat di Ottoman, Turki. Ianya merupakan simbol identiti Islam dan popular di kalangan India Muslim. Menurut pakar, kemudiannya rekabentuk Tarboosh berkembang menjadi songkok di kalangan masyarakat Melayu. Di negara jiran kita, Indonesia. Songkok dikenali sebagai peci, nama tersebut kemungkinan berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang dinamakan sebagai Petje yang membawa maksud “topi kecil”. Kemungkinan juga ianya diambil daripada perkataan daripada bahasa Turki yang digelarkan sebagai Fez. Samada Fez, Peci, atau Songkok, ianya tetap merujuk kepada benda yang sama.

Image via: https://www.pinterpolitik.com/

Di Indonesia pula, songkok merupakan pakaian kepala rasmi buat Presiden Indonesia yang pertama; Soekarno dan songkok juga dipopularkan oleh mantan presiden Indonesia tersebut dikalangan masyarakat Indonesia. Songkok juga merupakan pakaian kepala rakyat Indonesia buat acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan dan perayaan keagamaan seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Asal usul pengunaan songkok dalam masyarakat melayu dapat dijejak apabila ianya juga tertulis dalam kesusteraan melayu yang disebut dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” yang diterbit pada tahun seawal tahun 1840. Di kalangan orang Melayu pula, songkok menjadi pemakaian rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat dan sambutan hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Ianya juga dipakai oleh tentera dan polis di Malaysia dan Brunei. Terdapat juga sebahagian masyarakat Melayu di negara Filipina yang menggelarkan songkok sebagai “Kupia”.

Terdapat juga beberapa sejarah yang mengatakan pada enam-tujuh ratus tahun yang lalu, songkok mula diperkenalkan kepada rakyat Brunei Darussalam oleh peniaga Arab. Di negara tersebut, terdapat tiga jenis hiasan kepala seperti Dastar, Songkok dan Tengkolok atau Serban yang biasanya dipakai oleh masyarakat Timur Tengah.

Daripada asal usul songkok. Rekabentuknya asalnya telah ditambah mahupun diubahsuai mengikut peredaran masa. Kebanyakkan songkok yang dihasilkan dalam warna hitam, kebanyakkan masyarakat memilih songkok yang berwarna hitam kerana ianya melambangkan kekemasan dan kelihatan elegen buat si pemakai. Namun terdapat juga hasil rekaan songkok yang diinovasikan dengan meletakkan corak songket atau batik di tepi rekabentuk songkok tersebut, terdapat juga songkok yang dikenakan dengan loket atau bunga besi sebagai perhiasan kepada songkok tersebut. Malah, songkok di negeri selatan Malaysia khususnya Johor dan Melaka dapat dilihat dengan rekabentuk yang lebih tinggi berbanding rekaan songkok biasa.

KATALAKI: Maka jom lah kita semua pakai songkok pada hari jumaat ni gais…

Last modified: 18 March 2020