Sejarah Tapak Binaan Menara Berkembar Petronas

Sembang, ZAP, ZeKool

Menara Berkembar Petronas pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004, tapi rekod sebagai menara berkembar paling tinggi di dunia masih dipegangnya sehingga ke hari ini. Panggilan KLCC atau nama panjangnya Kuala Lumpur City Centre sebenarnya merujuk kepada kawasan di sekitar Menara Berkembar Petronas. Tapi mungkin lebih sinonim kita panggil Menara KLCC daripada Menara Berkembar Petronas. Pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1998 telah merubah lanskap dan juga pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Datang sahaja ke Kuala Lumpur, mesti Menara Berkembar Petronas akan menjadi destinasi wajib untuk dilawati. Tapi tapak dan juga proses pembinaannya mempunyai sejarah yang tersendiri sehingga pernah didokumentarikan oleh National Geographic dalam rancangan Mega Structures.

TAPAK ASAL SEBELUM KLCC

Sebelum pembinaan menara berkembar pencakar langit ni, tapak di situ merupakan sebuah tapak lumba kuda Selangor Turf Club. Yes betul, di situ lah dahulunya tapak orang meletakkan wang taruhan untuk melihat kuda pilihan mereka menang. Bermula tahun 1993, projek pembinaan menara berkembar ini pun bermula dengan menyaksikan lebih kurang 500 trak keluar masuk mengangkut tanah yang dikorek keluar dari tapak tersebut. Tempoh pembinaannya juga memakan masa hampir 7 tahun.

Rasanya pilihan untuk menukarkan tapak lumba kuda kepada KLCC merupakan keputusan yang bijak kerana kini KLCC menjadi kawasan ikonik di Kuala Lumpur dan di mata dunia. Ini lah hasil kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir ketika itu bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

CABARAN PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DUNIA

Bagi membina menara yang mempunyai ciri-ciri Malaysia juga menjadi satu cabaran besar kerana pada waktu itu kurangnnya kepakaran dalam cabang arkitek tradisional Malaysia. Tapi dengan kepakaran Cesar Pelli, arkitel terkenal dunia dengan pengalaman hampir setengah abad, Menara Berkembar Petronas berjaya direka dengan rekaan geometri bercirikan seni islamik. Idea reka bentuk menara tersebut juga datang daripada idea Tun Dr. Mahathir juga.

Selepas rekaan menara disiapkan, satu lagi cabaran sukar untuk merealisasikan pembinaan menara berkembar mengikut rekaan yang dipersetujui ramai. Jurutera struktur, Charlie Thronton, seorang pakar pencakar langit, menggalas tugas menjadikan rekaan tersebut siap dibina sepenuhnya.

Tempat pembinaan menara tersebut terletak di kawasan monsoon dan tapaknya berada di atas batu kapur yang reput dan juga di pinggir tebing yang curam. Jadi tapak asal pembinaan Menara Berkembar Petronas sebenarnya tak stabil. Untuk mengalihkan menara tersebut dari kawasan curam, tapak pembinaan tu sendiri digali sedalam 120 meter dan diletakkan konkrit yang banyak. Memang pada waktu tu, dengan jadual untuk menyiapkan projek tersebut yang agak padat, menjadi ancaman kepada keberjayaan pembinaan Menara Berkembar Petronas.

DUA SYARIKAT BERLUMBA BINA MENARA BERKEMBAR

Tempoh yang diberikan kepada Malaysia bagi menyiapkan projek yang sukar ini adalah 6 tahun. Menurut pakar, projek mega seperti ini perlukan sekurang-kurangnya 8 tahun untuk disiapkan. Jadi bagi mempercepatkan proses pembinaan, dua syarikat pembinaan diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan projek ini di mana satu syarikat membina setiap satu bangunan. Tun Dr. Mahathir percaya dengan mewujudkan persaingan, menara berkembar mampu disiapkan dengan lebih cepat. Menara 1 dibina oleh syarikat dari Jepun, manakala menara 2 syarikat dari Korea Selatan. Projek tersebut berjalan tanpa henti, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Memang satu tekanan yang amat besar bagi kedua-dua syarikat tersebut.

Jambatan di tengah yang menyambungkan antara kedua-dua menara juga mempunyai fungsi tersendiri. Jika berlaku kecemasan pada menara sebelah, orang awam di dalamnya boleh menyelamatkan diri dengan lebih cepat dengan melintas ke menara lagi satu menggunakan jambatan tersebut. Ia juga mengurangkan penggunaan tangga. Menara Berkembar Petronas yang mempunyai ketinggian 88 tingkat ini mula dibuka pada tanggal 31 Ogos 1999.

KATALAKI: Masih kekal menara berkembar tertinggi di dunia lah!

Last modified: 27 May 2020