Sejarah Terbesar Niki Lauda

Aktif, Motorsports

Baru-baru ni pada 20 Mei 2019, legenda Formula One, Niki Lauda menghembuskan nafas terakhir di University Hospital of Zurich pada usia 70 tahun.

Niki Lauda lahir pada 22 Februari 1949 dan berasal dari Vienna, Austria mula bergiat dalam sukan F1 pada tahun 1972. Mungkin ada antara kita yang dah cukup kenal atau tak berapa kenal siapa sebenarnya Niki Lauda dalam sukan F1. Ini antara sejarah penting yang pernah berlaku dalam hidup Niki Lauda.

Juara Dunia F1 Untuk Ferrari dan McLaren

Image Via : formula1.com

Niki Lauda merupakan satu-satunya pelumba dalam sejarah F1 yang berjaya jadi juara dunia untuk dua pasukan terbesar dalam sukan F1 iaitu Ferrari dan McLaren.

Image Via : formula1.com

Niki Lauda berjaya jadi juara dunia F1 untuk Ferrari sebanyak dua kali pada tahun 1975 dan 1977, dan McLaren pada tahun 1984.

Kemalangan Nurburgring

Image Via : drivetribe.com

Pada tahun 1976, Niki Lauda terlibat dalam kemalangan ngeri di litar Nurburgring untuk perlumbaan GP Jerman yang menyebabkan Niki Lauda terperangkap dalam jentera F1 yang terbakar. Niki Lauda cedera teruk di bahagian muka dan kepala disebabkan helmet yang dipakai longgar menyebabkan bahagian dalam helmet cair terkena api yang membara.

Selepas 6 minggu, Niki Lauda kembali berlumba untuk perlumbaan GP Itali di Monza walaupun luka teruk di bahagian kepala masih lagi berbalut.

Niki Lauda dan James Hunt

Salah satu permusuhan F1 paling epik yang pernah wujud antara dua pelumba F1 yang mempunyai dua personaliti yang berbeza. Niki Lauda seorang pelumba yang mengutamakan disiplin, latihan dan ketepatan, berbeza dengan James Hunt, seorang pelumba yang kaki enjoy, baran dan pentingkan diri sendiri. Walaupun Niki Lauda dan James Hunt musuh ketat di dalam litar perlumbaan, tapi masih lagi berkawan di luar litar.

Pada tahun 2013, filem yang bertajuk Rush ditayangkan dan dihasilkan berdasarkan kisah hidup dan permusuhan antara Niki Lauda dan James Hunt lakonan Daniel Bruhl dan Chris Hemsworth. Serius layan teruk filem ni. Kalau korang tak pernah tengok, wajib tengok dan sila lah tengok.

Image Via : imdb.com

Lauda Air

Niki Lauda pernah tubuhkan sebuah syarikat penerbangan yang diberi nama Lauda Air pada tahun 1979 yang beroperasi di Vienna, Austria.

Image Via : wikimedia.org

Pada tahun 1991, Lauda Air terlibat dalam kemalangan udara di Bangkok, Thailand dan mengorbankan semua penumpang dan anak kapal yang berada ada dalam Lauda Air Flight 004.

Pada tahun 2013, perkhidmatan Lauda Air ditamatkan secara rasmi dan diambil alih oleh Austrian Airlines.

KATALAKI: Niki Lauda ada 4 orang anak. 2 orang bersama isteri pertama dan 2 orang bersama isteri kedua.

Last modified: 23 May 2019