Sejarah Disebalik Nama Roti John

Sembang, ZAP, ZeKool

Masuk masuk je bulan Ramadan, antara juadah yang must have ataupun wajib untuk kita semua di Malaysia ini adalah Roti John. Roti John ini adalah menu yang kerap sekali kita akan nampak di mana saja tapak bazaar ramadan seluruh Malaysia, kadang-kadang tu bukan satu dua, malah terdapat lebih daripada tiga gerai di tapak bazaar ramadan yang menjual juadah ini dengan cara mereka yang tersendiri.

Berasaskan daripada dua kepingan roti jenis baguette yang besar yang menjadi pengukuh inti didalam yang disaluti dengan telur yang telah dikacau khas diserta pula dengan ramuan khas seperti bawang yang diikuti dengan bahan khas iaitu daging cincang (sama ada daging atau ayam) tidak dilupakan dengan hirisan sayur-sayuran yang menjadi penghias kepada aroma selaku penaik selera yakni menjadikan Roti John sebahagian daripada keluarga didalam menu hidangan omellette sandwich.

Ternyata Roti John sememangnya adalah menu utama buat masyarakat setempat, oleh kerana ianya sangat mudah untuk dilaksanakan dan ianya tidak mengambil masa yang lama untuk para pembeli beratur atau menunggu untuk ianya disiapkan.

Kalau mengikut resepi yang boleh dikatakan sangat straight forward, campuran daging cincang, telur dan bawang cincang dituangkan ke dalam kuali dan kemudian dibelah panjang lalu gulungan roti lembut ditekan ke dalam campuran tersebut. Apabila telur sudah siap, keseluruhan gulungan kemudian dibalik untuk memanggang ke side luaran roti tersebut. Setelah itu roti diangkat ke atas pinggan, disebarkan dengan salad, sos cili dan mayonis, sebelum dipotong kecil.

Antara variasi Roti John adalah dengan meletakkan daging cincang, bawang dan sos di dalam baguette, mencelupkan roti baguette ke dalam telur yang dikacau, dan kemudian menggoreng keseluruhannya dalam kuali.

Itu adalah cara asas bagaimana untuk membuat Roti John, terdapat juga beberapa jenis variasi ataupun cara khas serta unik pada setiap pembuat Roti John. Ada yang membekalkan ia dengan cheese ataupun daging cincang yang dimasak khas lalu ditabur keataskan campuran telur dan bawang tanpa rasa kedekut.

Harini kita nak bincangkan bagaimana tercetus nama kepada roti sandwich kegemaran ramai ini kerana terdapat beberapa versi origin kepada nama yang digelarkan sebagai Roti John. Okay let’s start.

VERSI 1

Kalau mengikut penceritaan yang kita rujuk kepada laman web, Wikipedia. Roti adalah bahasa yang diambil daripada Hindi, Urdu dan Melayu. Walaupun didalam laman Wikipedia juga tidak dapat mengenal pasti tentang keaslian kewujudan nama Roti John, namun ianya mengatakan bahawa gelaran John tersebut merujuk kepada seorang lelaki “orang putih” atau “Mat Salleh”.

Pada zaman dulu, masyarakat kita susah untuk menyebut nama-nama orang putih ni, maka cara paling mudah adalah untuk memanggil mereka dengan gelaran “John”. Pada era tahun 70an dulu, masyarakat melayu mengelarkan tentera British sebagai John dimana kebanyakkan tentera British ini juga amat suka memakan kepingan roti yang disaluti dengan telur dadar dan daging cincang umpama burger. Maka penjual roti tersebut mengelarkan menu ini sebagai Roti John.

VERSI 2

Tercatit di dalam sebuah buku berjudul Not Just A Good Food Guide Singapore, penemuan roti john pertama kali adalah hasil air tangan yang diciptakan oleh seorang penjaja makanan bernama Shukor yang mempunyai gerai makanan. Di gerai tersebut, Shukor mendapat permintaan daripada tentera British yang memintanya untuk menggoreng telur dadar yang dicampurkan dengan bawang bombay dan diletakkan diantara dua kepingan roti yang menjadikan kombinasi seperti sandwich. Sama seperti cerita versi 1 juga, gelaran John tersebut merujuk kepada pelanggang iaitu orang putih atau “Mat Salleh” yang sering order hidangan unik ini.

Tidak kisahlah walaupun terdapat bermacam-macam jenis versi tentang kewujudan disebalik nama Roti John. Namun apa yang pasti hidangan yang sering kali wujud ketika bulan Ramadan ini sudah menjadi menu masakan yang istimewa di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam serta sejauh hingga ke Indonesia.

KATALAKI: Tahun ni kita buat roti john kat rumah atau order je lah, tak perlu keluar beratur ya…

Last modified: 27 April 2020