Sebelum ni kami dah pernah kongsikan mengenai the legendary, Tony Hawk yang bagi skateboard secara percuma kepada followers nya. Tapi bukan bagi macam tu je. Tony Hawk sorok kat satu tempat, pandai-pandai la orang cari.
View this post on Instagram
Sebelum ni Tony Hawk sorokkan skateboard berdekatan dengan Lapangan Terbang Houston, Amerika Syarikat. Yang terbaru, Tony Hawk sorok skateboard untuk orang ramai cari kat Montreal, Kanada.
I just left my skateboard near this mural wall in Montréal.
Finders keepers… go now.
Please reply with the hashtag I wrote on the griptape pic.twitter.com/26mSnktHzY— Tony Hawk (@tonyhawk) July 13, 2019
Lebih mencabar kali ni, Tony Hawk hanya bagi tahu skateboard tersebut diletakkan kat dinding mural di bandar Montreal. Tak bagi tahu nama tempat yang tepat. Orang ramai kena pandai-pandai cari sendiri. Berapa banyak lak dinding mural yang ada kat bandar Montreal tu. Untuk info, Tony Hawk berada di Montreal pada 12 dan 13 Julai 2019 disebabkan Tony Hawk dijemput menjadi pengulas untuk Vans Park Series Pro Tour 2019.
Tak sampai pun sejam, skateboard yang ditinggalkan oleh Tony Hawk berjaya dijumpa.
Update: my hidden skateboard in Montreal has been found. Finder=keeper, thanks for playing
— Tony Hawk (@tonyhawk) July 13, 2019
Bukan senang nak dapat Tony Hawk punya skateboard. Tahniah la kepada bro yang berjaya jumpa skateboard yang disorok oleh Tony Hawk kat Montreal. Ramai yang jealous ni bro.
View this post on Instagram
KATALAKI: Kalau Tony Hawk datang singgah Malaysia, tolong la sorok skateboard kat Kuala Lumpur lak.