Sekiro – 5 Tips Untuk Newbie!

Game, Tech

Korang dah main belum Sekiro: Shadows Die Twice? Kalau belum korang patut bersyukur sebab korang tak perlu menyimpan perasaan amarah yang berluak-luak macam aku setiap kali aku main game ini. Aku bukan nak cakap game ini teruk or tak best but gameplay dia yang sangat mencabar kadang-kadang buat aku nak campak controller aku jauh-jauh hahaha!

via GIPHY

Tapi bila setiap kali aku dapat bunuh mini boss or main boss, satu perasaan bangga dan lega itu terus datang dan automatic dalam hati aku akan cakap “Pergh power juga aku ni rupanye!So kalau korang dah main game ini tapi still stuck dekat mini boss, jangan risau sebab semua orang macam itu.

Plus memang game macam ini memang direka macam itu. Game ini sangat-sangat memerlukan korang focus dan susun strategic untuk menyerang enemy. So aku ingat hari ini aku nak share beberapa tips yang bagi aku sangat berguna untuk korang yang baru nak bermain Sekiro: Shadows Die Twice.

KEEP BLOCKING

via GIPHY

Sekiro: Shadows Die Twice adalah antara game yang korang tak boleh keep tekan button sahaja. Macam aku cakap game ini memerlukan strategic dan kesabaran tahap maksimum. Setiap kali korang jumpa enemy baru, penting untuk korang keep blocking dahulu serangan dorang.

Baca macam mana corak serangan dorang dan bila dah faham corak dia baru susun strategic dan serang balik enemy. Korang tak perlu nak bunuh enemy itu cepat-cepat. Aku pernah stuck dekat satu mini boss sampai lebih setengah jam untuk bunuh dia. Tapi korang juga perlu tengok posture bar dekat bahagian bawah sebab kalau korang kerap sangat block posture korang akan broke dan enemy akan dapat serang korang!

SLASH & DODGE

via GIPHY

Bila korang keep blocking, korang mesti perasan yang posture bar dekat bawah screen akan meningkat. Bila posture bar itu bertukar menjadi warna merah, kemungkinan besar korang tak dapat untuk block serangan enemy yang seterusnya.

So bila dah nak merah, korang tukar kepada dodging serangan musuh. Apa yang aku suka buat, aku akan serang enemy sekali lepas itu aku akan dodge kebelakang. Sebab itu bila korang tengok aku livestream game ini dekat Youtube channel aku, korang akan nampak aku lagi banyak slash & dodge!

GRAPPLING HOOK

via GIPHY

Pada awal-awal permainan, korang akan diberikan grappling hook. Bagi aku grappling hook ini adalah satu alat yang paling penting dan paling berguna dalam game Sekiro: Shadows Die Twice ini.

Dengan menggunakan grappling hook, korang dapat bergerak ke tempat yang lagi tinggi. Bila korang masuk area baru, cari bangunan atau bumbung bangunan dan cuba tengok berapa ramai enemy yang berada sekitar kawasan korang. Dengan cara ini korang akan lagi senang planning untuk menyerang.

COIN PURSE

via GIPHY

Ok bila korang dah jauh sikit dalam game Sekiro: Shadows Die Twice ini, korang akan kumpul coin setiap kali korang bunuh enemy. Korang tahu tak yang setiap kali korang mati, coin korang akan berkurang and kalau tengok gameplay Sekiro: Shadows Die Twice ini, memang banyak kalilah korang akan mati hahaha!

But ada satu cara yang korang boleh buat untuk secure coin korang daripada hilang setiap kali korang mati. Cara dia adalah beli coin purse daripada merchant yang korang jumpa sepanjang perjalanan korang. Coin purse ini tidak akan hilang bila korang mati and bila korang nak beli sesuatu, baru korang guna coin purse ini. Ingat, convert coin korang kepada coin purse!

DEATHBLOW

via GIPHY

Dalam Sekiro: Shadows Die Twice, bukan korang sahaja yang boleh revive balik bila korang mati. Korang perlu tahu yang hampir setiap mini boss ataupun big boss juga ada dua nyawa. Jadi korang perlu tahu yang korang perlu bunuh bossboss ini sebanyak dua kali untuk pastikan dia betul-betul mati.

Tapi ada satu tips yang korang boleh gunakan yang membolehkan korang mengurang nyawa boss tadi daripada dua kepada satu sahaja dengan hanya satu serangan. Caranya korang kena sneak attack boss tersebut dari atas mahupun dari belakang sebelum dia perasan korang. Tapi tak semua boss korang boleh buat macam ini. Ada boss yang korang memang tak dapat nak buat sneak deathblow attack dekat dia!

KATALAKI: Aku dah dekat seminggu stuck dekat Main Boss Gyoubo Oniwa yang naik kuda tu arghhhh!

Last modified: 12 April 2019