Sekiro: Shadows Die Twice Release Date Dah Confirm!

Game, Tech

Baru-baru ini Sony Interactive Entertainment Singapore telah mengumumkan release date permainan video Sekiro: Shadows Die Twice.

Permainan video yang dihasilkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan game Dark Souls dan Bloodborne iaitu FromSoftware katanya akan dikeluarkan pada penggal pertama 2019.

Sekiro: Shadows Die Twice ini akan dikeluarkan seluruh negara pada 22 March 2019. Game ini telah mula diperkatakan sejak The Game Awards tahun lepas dan trailer pertamanya yang dipertontonkan pada E3 tahun ini.

Game ini merupakan action RPG yang mempunyai gameplay seperti Bloodborne dengan ciri-ciri samurai sudah tentunya akan menjadi pilihan gamer bila tiba hari jualannya nanti.

Bagi korang yang berminat untuk dapatkan Sekiro: Shadows Die Twice, korang boleh mula pre-order pada 21 March 2019 di Playstation Store yang mana korang akan dapat PS4 original theme sebagai bonus.

Tidak dilupakan jugak yang Sekiro: Shadows Die Twice juga boleh didapati dalam versi Collector Edition yang mana akan didatangkan dengan figurine Shinobi bersaiz 18cm, art book, Steelbook, map, replika duit syiling, digital soundtrack dan juga CD fizikal  Sekiro: Shadows Die Twice.

Untuk Digital version, korang boleh dapatkannya pada harga RM199, fizikal pada RM209 dan Collection Edition pada harga RM479.

 

KATALAKI: PC, PS4 or Xbox One semua dapat main game ni bermula 22 March 2019 nanti so jangan gaduh-gaduh ye!

Last modified: 15 November 2018