Sekolah Spy Pelajar Kaki Ponteng?!

Gadget, Tech

Rilek, benda ni bukan terjadi dekat sekolah dekat Malaysia, tapi terjadi dekat sekolah-sekolah di China. Kalau korang tengok sekarang ini, China bukan main galak lagi keep track or spy rakyat dia sendiri.

Sebelum ini, kerajaan China telah bercadang untuk melancarkan satu system yang dipanggil Social Credit yang mana system ini akan monitor, track dan jugak rank setiap rakyat China. Setiap rakyat akan diberi score untuk membezakan mereka rakyat yang baik atau jahat.

Bagi rakyat yang score rendah, mereka tidak akan mendapat akses dan akan di blacklisted daripada mendapat sumber kerajaan seperti akses untuk bersekolah dan pengangkutan awam.

Dan baru-baru ini pulak, kerajaan China turut memperkenalkan satu uniform pintar untuk murid sekolah yang mana uniform ini akan keep track pelajar-pelajar ini berada dimana semasa sesi persekolahan sedang berlangsung.

Uniform ini telah dicipta oleh Guanyu Technology, dan setiap uniform ini terdapat dua chips yang mana setiap satu chips diletakan pada bahu kiri dan kanan uniform.Setiap kali pelajar memasuki kawasan sekolah, ianya akan menghantar satu report kepada cikgu dan juga kepada ibu bapa pelajar terbabit.

Bagi pelajar yang ponteng sekolah, samada dorang tak berada dalam kawasan sekolah or lari dari kawasan sekolah semasa waktu belajar, satu alarm akan berbunyi pada badan pelajar membuatkan semua orang disekeliling dorang tahu yang dorang tengah ponteng sekolah!

Bagi pelajar yang ingat dorang bijak dengan suruh orang lain pakai uniform tu untuk dorang, dorang silap besar sebab chips yang terdapat pada baju ini dah ada data rupa paras pelajar dan bila dorang masuk sahaja kawasan sekolah, satu facial recognition technology akan inform pihak sekolah kalau wajah pelajar yang masuk tu lain dari rupa pelajar sebenar!

Uniform ini juga boleh dikatakan agak tahan lasak yang mana uniform ini mampu bertahan sehingga 500 kali basuhan dan kalis suhu sehingga 150 Celsius.

Bagi aku, cara macam ni nampak macam satu idea yang boleh tahan bijak tapi dalam masa yang sama agak scary jugak sebab bayangkan kerajaan boleh tahu korang dekat mana apa semua. Tak selesa wey hidup!

KATALAKI: Nasib baik sekolah dekat Malaysia tak terpikir buat bende-bende gila macam ni!

Last modified: 31 December 2018