Selain Captain Marvel, Ni Movie Wajib Tonton Mac 2019

Sembang

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac dah ni. Filem yang korang nanti-nantikan dah keluar kat wayang ke belum? kali ni kami nak kongsikan filem-filem yang akan ditayangkan sepanjang bulan Mac ni.

Captain Marvel

Filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat filem Marvel akan mula ditayangkan pada 6 Mac ni gais. Dah dekat betul dah ni. Nak tahu macam mana lak jalan cerita atau kena-mengena antara Captain Marvel dengan Avengers, mungkin dalam filem ni nanti ada jawapannya. Setakat ni apa yang dah bocor kat media sosial ialah filem Captain Marvel ni nanti ada pre dan post credit scene. Trailer usha kat bawah ni.

Bikers Kental 2

Ada sambungan lagi rupanya kisah Bidin dengan superbike dia ni. Bidin yang dilakonkan oleh Zizan Razak dalam filem Bikers Kental 2 akan ditayangkan pada 14 Mac 2019 nanti. Korang ingat lagi tak watak Zul Ariffin yang suka buli si Bidin? Tapi Zul Ariffin takde dalam Bikers Kental 2 ni.  Korang jangan risau, rasanya filem Bikers Kental 2 ni korang boleh gelak berguling gak sebab ada Dato’ Afdlin Shauki brader! Korang boleh layan dulu trailer filem Bikers Kental 2 ni.

Bisikan Iblis

Cerita seram dari Indonesia jangan bawa main. Level seram dan terkejut dalam wayang nanti mesti boleh buat gaduh punya. Filem ni akan ditayangkan pada 21 Mac 2019. Kat Indonesia filem ni dah pun ditayangkan pada bulan September tahun lepas. So, kalau korang nak baca review pasal filem ni, boleh Google je dulu sebelum pergi tengok.

US

Korang familiar kan dengan watak M’baku yang dilakonkan oleh Winston Duke dalam filem Black Panther dan Avengers? Filem US ni filem pertama lakonan Winston Duke selain daripada filem keluaran Marvel.
Akan ditayangkan pada 21 Mac, filem US ni ialah filem yang bergenre horror, ditambahkan lak dengan unsur thriller dan psikologi, maknanya korang boleh bayangkan lah betapa jiwa kacau nya nanti dalam wayang masa tengok filem ni. Cer try tengok trailer filem ni dulu.
KATALAKI: RIP gaji bulan Mac

Last modified: 8 March 2019