Selain KAW KAW, Ada Lagi Bahasa Slang Lain Yang Korang Kena Tahu

Sembang

Ada lagi ke antara korang yang masih lagi tak faham apa maksud kaw? Milo ais kaw? Teh ais kaw? Malaysia yang dihuni oleh rakyat yang berbilang bangsa memang meriah dengan pelbagai jenis bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Kaw tu berasal daripada bahasa Hokkien yang bermaksud thick dalam Bahasa Inggeris. Kalau dalam pemahaman Bahasa Melayu, kaw tu maknanya memang betul-betul padu, pekat atau kuat lah senang cerita.

Selain daripada kaw, ada lagi perkataan-perkataan lain ataupun slang yang selalu digunakan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Mungkin ada beberapa perkataan yang korang belum tahu maksud sebenar, ini kami ceritakan satu per satu.

FFK

Selalunya perkataan ni akan keluar bila korang ada member yang bercinta macam takde hari esok dengan girlfriend dia. Contohnya, korang dah rancang betul-betul nak keluar lepak dengan member, tiba-tiba member korang tu FFK, dengan selambanya member korang tu lupa apa yang dirancang dan keluar dengan girlfriend dia.

FFK tu bermaksud Fong Fei Kei, orang yang tak muncul pada hari dan waktu yang dah ditetapkan. Batang hidung pun tak nampak.

Kantoi

Ni memang selalu lah orang guna. Kantoi menipu, kantoi mencuri dan macam-macam lagi lah jenis kantoi. Kantoi ni maksudnya perkara sebenar yang berlaku tapi disorok, dah terbongkar.

Kautim

Perkataan Kautim selalu digunakan untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih mudah dan cepat. Isu tersebut selalunya ada kaitan harga. Ayat yang selalu korang dengar contohnya, “Barang ni 50 ringgit kira kautim lah” ataupun “Kau pergi la kautim harga dengan brader tu”.

Ada gak yang gunakan perkataan Kautim yang takde kena-mengena dengan harga.

Kay Poh Chee

Kay Poh Chee bermaksud orang yang suka jaga tepi kain orang lain ataupun suka borak dan ambik tahu pasal orang lain. Daripada perkataan Kay Poh Chee ni la wujudnya perkataan Kepoh.

Sailang

Sailang bukan je digunakan kalau girlfriend kita dicuri oleh lelaki lain, tapi boleh gak digunakan untuk perbuatan curi yang lain. Contohnya, sailang barisan, sailang kerja, sailang parking dan lain-lain.

KAW KAW Punya Shopping

Dah alang-alang sebut pasal kaw kaw tadi, pada 12 Oktober 2019 nanti, korang boleh la bawa keluarga dan member korang datang ke KAW KAW DAY yang akan berlangsung di MyTown, Cheras. Apa yang ada kat KAW KAW DAY ni?

Lebih daripada 20 penjual barangan online akan turun ke MyTown, Cheras selama 12 jam, dari 10 pagi sehingga 10 malam, akan menjual macam-macam jenis barang termasuklah barangan kelengkapan rumah, makanan, minuman dan pakaian daripada jenama-jenama online terkenal di Malaysia. Semua barang yang korang cari confirmed ada kat KAW KAW DAY ni nanti.

KATALAKI: Save the date gais! 12 Oktober 2019 okeh.

Last modified: 7 October 2019