Selain Pukki, Ini Nama-Nama Pemain Bola Yang ………….

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Bila Teemu Pukki mula beraksi kali pertama di Premier League pada tahun 2019, heboh satu Malaysia mengenai nama Teemu Pukki yang berjaya mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak. Yang tak minat bola sepak pun dengan pantas mengkaji siapa sebenarnya Teemu Pukki.

Kalau korang perasan kat timeline media sosial korang hari tu, tersebar mengenai sebuah artikel mengenai pemain baharu yang berjaya dibeli oleh Norwich City. Duda, Pukki, Tettey dan Farke bergabung. Norwich City ni memang suka kot pemain-pemain yang mempunyai nama yang unik.

Sebenarnya ada banyak lagi nama-nama pemain bola yang unik di seluruh dunia. Ada yang dah pernah muncul di dada akhbar dan ada gak yang tak berapa dikenali. Ini antara nama-nama pemain bola sepak yang dianggap unik, setanding dengan Teemu Pukki, Alexander Tettey dan Ondrej Duda.

NII NORTEY ASHONG

Lahir pada tahun 1994 dan berasal dari Ghana, Nii Nortey Ashong merupakan pemain pertahanan sayap kiri yang beraksi di Malta bersama Sliema Wanderers F.C.

LADISLAV JANDA

Ladislav Janda berasal dari Republik Czech dan kini beraksi bersama FC Sellier & Bellot Vlašim di liga Republik Czech sebagai pemain sayap kanan. Kalau Norwich City dapat bertemu dengan FC Sellier & Bellot Vlašim dalam satu perlawanan bola sepak, kita akan dapat saksikan Ondrej Duda dan Ladislav Janda berentap di atas padang.

CHRISTOPH FÜCKS

Cara sebutan nama Christoph Fücks mungkin berbeza cara sebutan yang kita fikirkan memandangkan Christoph Fücks berasal dari Jerman. Christoph Fücks merupakan pemain pertahanan sayap kiri untuk pasukan TSG Deidesheim di Jerman.

LORENZO DICKMANN

Baru berusia 24 tahun pada tahun 2020, Lorenzo Dickmann merupakan pemain berdarah Itali yang bermain di posisi pertahanan sayap kanan bersama Chievo Verona di Itali.

GOBE GOUANO

Bukan berasal dari Kelantan dan Terengganu, Gobe Gouano merupakan pemain penyerang yang beraksi untuk pasukan AS Monaco B di Perancis dan dijangka akan menjadi pemain ternama suatu hari nanti. Gobe Gouano lahir pada tahun 2000, maknanya baru berusia 20 tahun pada tahun 2020.

ROBERT MAK

Kalau Robert Mak berpindah ke Norwich City dan bergandingan dengan Teemu Pukki, memang riuh keadaan juruhebah sukan kat Malaysia nak sebut nama dorang. Robert Mak merupakan pemain tengah sayap kanan untuk pasukan Zenit St. Petersburg di Rusia.

KATALAKI: Kalau korang main game FIFA, PES atau Football Manager, lagi banyak nama pemain yang unik korang akan jumpa.

Last modified: 29 January 2020