Selain Sheikh Muszaphar, ini 4 Lagi Angkasawan Muslim

Sembang

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan seorang pakar bedah orthopedic dan juga merupakan angkasawan pertama dari Malaysia. Dia telah dilahirkan pada 27 July 1972 dan mempunyai Bachelor of Medicine and Surgery dari Kasturba Medical College.

Sebelum menjadi Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2006, dia bersama tiga orang finalis lain telah dipilih untuk Malaysian Angkasawan Spaceflight Program. Program ini telah dibuat selepas pihak Rusia bersetuju untuk membawa seorang angkasawan dari Malaysia untuk mengikuti mereka ke International Space Station (ISS).

Selepas menjalani sesi latihan selama 18 bulan, Dato Dr. Sheikh Muszaphar dan seorang lagi finalis, Faiz Khaleed telah dipilih sebagai prime crew manakala Faiz Khaleed akan bertindak sebagai backup. Pada 10 Oktober 2007 dan beberapa angkasawan lain telah menaiki Soyuz TMA-11 untuk pergi ke ISS.

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar bersama dua angkawasan lain telah berada di ISS selama sepuluh hari. Semasa di ISS, Dato Dr. Sheikh Muszaphar telah melakukan beberapa experiment untuk mengkaji tumbesaran liver cancer dan leukemia cell.

Semasa dia di ISS, ianya merupakan minggu terakhir untuk bulan Ramadan. Walaupun sedang berada di angkasa lepas, Dato Dr. Sheikh Muszaphar tetap menunaikan ibadah puasa dan solat seperti biasa. Sebelum bergerak ke ISS, dia telah menerima sebuah guidebook yang bertajuk Guidelines for Performing Islamic Rites at the International Space Station yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara bagi memudahkan dia menunaikan ibadah puasa dan solat di ISS.

Selain daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha, ada empat orang lagi angkasawan Muslim yang berjaya pergi ke angkasa lepas. Jum kita berkenalan sikit dengan dorang!

SULTAN BIN SALMAN AL SAUD

Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al Saud telah dilahirkan di Riyadh pada tahun 27 Jun 1956. Kalau korang nak tahu, dia merupakan anak lelaki kedua King Salman, Raja untuk Saudi Arabia dan juga Perdana Menteri Saudi Arabia.

Sebelum menjadi angkasawan, Sultan bin Salman Al Saud telah berkhidmat sebagai Royal Saudi Air Force. Dia juga merupakan angkasawan pertama dari kaum kerabat diraja dan juga merupakan muslim pertama yang dapat pergi ke angkasa lepas. Pada 27 Disember, dia telah memegang jawatan Chairman of the Board of Director of the Saudi Space Agency!

MUHAMMED FARIS

Muhammaed Ahmed Faris dilahirkan di Aleppo pada 26 May 1951. Sebelum bergelar angkasawan, Muhammed Faris merupakan juruterbang tentera Syria berpangkat Kolonel. Dia telah terpilih untuk mengikuti Intercosmos spaceflight program pada 30 September 1985.

Dia telah menetap di Mir Space Station selama 7 hari sebelum pulang kembali ke bumi. Selepas pulang ke bumi, dia telah menerima anugerah pingat Hero of Soviet Union dari kerajaan Soviet Union. Selain itu dia juga turut dianugerahkan pingat tertinggi Order of Lenin pada 30 Julai 1987.

MUSA MANAROV

Musa Khiramanovich Manarov dilahirkan pada 22 Mac 1951 di Azerbaijan. Musa telah menyertai beberapa misi angkasa dan telah memegang rekod orang muslim yang paling lama berada di angkasa dengan jumlah 541 hari dan telah menerbangkan kapal Soyuz TM4 lebih dari 356 hari.

Dia sekali lagi telah terpilih untuk menjadi juruterbang kapal angkasa untuk misi Soyuz TM11 selama 175 hari dan juga menjalankan operasi jalan kaki di angkasa selama 20 jam. Seperti Muhammed Faris, dia juga menerima pingat Hero of Soviet Union dan Order of Lenin dari kerajaan Soviet Union.

ABDUL AHAD MOHMAND

Abdul Ahad merupakan individu pertama daripada Afghanistan yang berjaya ke luar angkasa. Ahmad juga merupakan seorang juruterbang tentera udara Afghanistan. Dia kemudiannya telah dipilih untuk menjadi kru penerbangan Soyuz TM6 dan telah berada disana selama 9 hari di Mir Space Station.

Ketika di Mir Space Station, Abdul Ahad telah melakukan beberapa kajian dalam bidang astrofizik, perubatan dan biologi. Selain menjadi antara muslim yang berjaya pergi ke angkasa lepas, Abdul Ahad juga merupakan Muslim pertama yang membawa Al-Quran ke angkasa lepas!

KATALAKI: Dulu ada cita-cita nak jadi angkasawan tapi gayatlah pulak hahahaha!

Last modified: 26 November 2019